Translate

01/10/2011

MAJLIS MALAM SILATURRAHIM RAMAH MESRA

Presiden ASTRA - YBhg Dato' Bahri Taib

Kuala Terengganu 30/09/2011 - Majlis Malam Silaturrahim Ramah Mesra telah dianjurkan oleh AJAQ Music Entertainment dan Club Honda Classic Union Terengganu (KHCUT) telah diadakan di Dewan Tengku Abdul Rahman Kuala Terengganu bermula jam 8.00 malam.  VIP kenamaan turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis iaitu Dato' Bahri bin Taib, Presiden ASTRA Pusat yang memegang callsign 9W2DBT, En. Othman Endut, Setiausaha Perundingan NGO Terengganu, Dr. Dayal Krishnan, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Presiden Bestrac Besut Mohd. Razali Mohamad - 9W2RLL.

Ketibaan Dato' Bahri Taib Presiden ASTRA daripada tempat penginapan telah diiringi dengan konvoi kira-kira 50 buah m/sikal Honda Classic bersama Presiden nya En. Muhammad Syafiq Suresh dan disambut ketibaan para tetamu oleh En. Abdul Razak bin Mamat, Pengerusi AJAQ Music Entertainment.

Presiden BESTRAC Besut - En. Mohd. Razali Mohamad - 9W2RLL

Presiden KHCUT - En. Muhamad Syafiq Suresh
Majlis turut diserikan dengan dendangan lagu-lagu dari penyanyi tempatan, serta tarian dari Kumpulan Sutra Tari dan juga pertunjukkan pakaian beragam oleh kanak-kanak dari AJAQ Music Entertainment, sementara majlis makan malam berlangsung.



Pelancaran Tabung Sindrom Down





Pengurus L & L Sound System - En. Mohd. Radhi 9W2DHI




  

Pelancaran Tabung Sindrom Down turut dilancarkan bagi membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik serta penyerahannya kepada Pengerusi Tabung Sindrom Down yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir di majlis tersebut.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...