Translate

12/10/2011

DR RAMZI SERAH DUIT KEPADA IRWAN PEGAWAI KERANI IBU PEJABAT UMNO UNTUK LAKSANAKAN SMS BLAST KEMPEN CALON MT DATO’ SERI IDRIS JUSOH


Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir, Bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, mengakui mengenali individu bernama Mohd.Irwan Zainal Abidin pada tahun 2008, padaka ketika itu beliau (Mohd. Irwan) menyandang jawatan pegawai kerani di pejabat Umno Malaysia.

Beliau (Dato’ Dr Ahmad Ramzi) pernah bertanyakan kepada Irwan apa istimewanya “SMS blast” kerana beliau ingin tahu mengenainya bagi bagi tujuan kepentingan kempen Dato’ Seri Haji Idris Jusoh yang pada ketika itu beliau (Dato’ Seri Haji Idris Jusoh) adalah calon dalam pertandingan Majlis Tertinggi Umno.

Dato’ Dr.Ahmad Ramzi memberitahu mahkamah semasa memberI keterangan di Mahkamah Sesyen, di Kuala Terengganu pada prosiding semalam (10 Oktober).


Dalam kes ini, Dato’ Dr.Ahmad Ramzi didakwa atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS iaitu bagi pertuduhan pertama.

Beliau didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas Adun Paka, Mohd Ariffin Abdullah dan tertuduh melakukan perbuatan sama ke atas dua lagi Adun, Abd Halil Jusoh (Permaisuri) dan Dato’ Rosol Wahid (Ajil).

Beliau turut didakwa atas tuduhan menggunakan perkhidmatan internet bagi menghantar SMS berbunyi: “Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?” kepada tiga Adun tersebut.

Didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Datuk Dr.Ahmad Ramzi turut dituduh memfitnah Wan Ahamad Wan Muda, bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu (Dato’ Seri Ahmad Said) yang sekarang ini merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pengurusan) dengan menghantar SMS ugutan itu menggunakan nombor telefon bimbit milik Wan Ahamad.

Apabila ditanya oleh peguambela selepas diberi beberapa keterangan oleh Irwan, beliau bersetuju menggunakan program SMS itu dengan membayar sejumlah wang kepada Irwan.

“Seingat saya jumlah itu dalam ribuan ringgit, saya tidak ambil tahu mengenainya secara mendalam kerana ketika itu saya sibuk dengan kempen,” jawab Datuk Dr.Ahmad Ramzi seterusnya.

Apabila ditanya oleh peguambela tentang bila dan bagaimana beliau (Dato’ Dr.Ahmad Ramzi) member I duit pada Irwan, dijelaskan bahawa duit itu diberikan semasa di PWTC dan bayaran kedua melalui akaun Mayabank milik Irwan.

Dato’ Dr.Ahmad Ramzi memberitahu mahkamah bahawa program SMS itu didaftarkan pada Mac 2009.

Peguambela: Irwan ada memberitahu nilai kadar setiap SMS?

Dato’ Dr Ahmad Ramzi: Ada bagi tahu, tetapi saya tidak ingat.

Peguambela: Irwan ada kenakan syarat?

Dato’ Dr Ahmad Ramzi: Irwan ada menyatakan kepada saya bhawa untuk menggunakan perkhidmatan SMS ini perlu membuat bayaran atau ‘topup” dulu sebelum SMS dapat dihantar.

Peguambela: Pernah atau tidak Irwan bagi password?

Dato’ Dr Ahmad Ramzi: Irwan ada menghubungi saya untuk beri password.

Peguambela: Pernah guna kaedah SMS blast kepada semua YB terlibat?

Dato’ Dr Ahmad Ramzi: tidak pernah

Peguambela: Adakah kamu tahu tukar beberapa kali kandungan SMS?

Dato’ Dr Ahmad Ramzi: Tidak tahu

Prosiding berlangsung di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid, manakala Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya; Ooi Chooi Gaik.

Tertuduh diwakili peguambela Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abdul Rahman.

Pada prosiding sebelah petang, Dato’ Dr Ahmad Ramzi memeritahu mahkamah beliau mula bekerja dengan Dato’ Seri Haji Idris Jusoh pada tahun 2004.

“Saya mengenali Dato’ Rosol sejak menjadi Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Haji Idris” beritahunya kepada mahkamah.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa dirinya tidak tahu jika password peralatan komputer yang ada di rumahnya terlepas kepada pihak lain.

Perbicaraan bersambung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...