Translate

28/08/2011

Robot kepala manusia boleh menyanyi

Image Detail

TAIPEI: Robot datang dalam pelbagai bentuk dan saiz tetapi robot yang dicipta di Taiwan boleh mencetuskan panik kerana ia boleh menyanyi.

Robot berkepala manusia ‘menakutkan’ itu boleh membaca skor muzik sebelum menyanyikan lagu dengan suara tiruan. Ia bagai satu pengalaman yang membingungkan, tetapi pengeluarnya gembira dengan ciptaan mereka dan mendakwa koleksi kepala yang boleh menyanyi itu dijangka boleh menubuhkan pasukan teater robotik. Chyi-Yeu Lin dan rakannya di Universiti Sains dan Teknologi Nasional Taiwan di Taipei mencipta satu robot yang pada mulanya merakam gambar muzik dengan angka dan perkataan muzik menggunakan kamera yang dipasang dalam matanya.
Algoritma akan merakamkan nada, irama dan lirik daripada imej dan menghantar maklumat kepada suara sintetik.

Bunyi sintetik berpadanan dengan bahasa Mandarin dan ejaan Roman bagi lirik. Kemudian, dengan aktiviti yang secara tiba-tiba dilakukan, robot itu mula menyanyi dengan mulutnya terbuka dan ditutup dengan perkataan.

“Mungkin ini adalah antara perkara yang boleh dilakukan robot lebih baik daripada orang biasa,” kata Lin.

“Ia boleh membaca muzik dalam 40 saat dan menutup matanya untuk menyanyi.”

Kebanyakan pemuzik memerlukan beberapa minit untuk melihat kerja muzik yang baru dan masih memerlukan masa menghafal.

Robot boleh menyanyikan lagu daripada mana-mana budaya selagi liriknya ditulis dalam ejaan Roman, kata Lin.

Daripada kajian 100 orang di tepi jalan di Taipei secara rawak, 50 peratus bersetuju yang nyanyian robot itu menghiburkan.

Kira-kira 40 peratus peserta mendapati kualiti suara robot itu hampir menyerupai suara manusia, sementara 40 peratus lagi mendapati tidak realistik tetapi boleh diterima.

Wajah robot ini mungkin boleh berinteraksi dengan lebih ramai orang tidak lama lagi.

Kumpulan penyelidik menyarankan supaya kepala robot ini ditugaskan sebagai penyambut tetamu di restoran besar di China, kata Lin. – Agensi. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...