Translate

28/07/2011

TV Alhijrah Bersiaran 24 Jam Sehari Tiap Jumaat, Sabtu Dan Ahad Sepanjang Ramadan

View Image

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Stesen TV berkonsepkan Islam, TV AlHijrah, akan bersiaran selama 24 jam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Bukhari Che Muda berkata siaran pada Isnin hingga Khamis pula bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 pagi.

Beliau berkata penambahan waktu siaran itu menjanjikan rancangan menarik termasuk pengisian mantap sepanjang Ramadan bagi membolehkan lebih ramai penonton menikmati rancangan yang terbaik.

"Sempena Ramadan ini, TV AlHijrah akan menampilkan slot berkonsepkan Ramadan yang boleh mengajak penonton untuk beribadah," katanya pada satu persidangan media di sini, Khamis.

Menurutnya antara rancangan menarik ialah Muhasabah Ramadan, Taddarus Al-Quran, Ramadan di Australia, Fattabiouni dan Resipi Umi.

Bukhari berkata penjadualan rancangan televisyen itu dibuat dalam pelbagai genre selaras dengan slogan yang ditampilkan iaitu "Ramadan Satu Perjuangan".

Walaupun baru berusia tujuh bulan, TV AlHijrah menyiarkan 70 peratus terbitan tempatan dan bakinya merupakan terbitan luar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...