Translate

18/07/2011

Dr Lo'lo Disahkan Meninggal Dunia

View Image

KUALA LUMPUR 17 Julai - Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali telah kembali ke rahmatullah dan disahkan oleh ibu beliau, Datin Zainab binti Salleh.


Pihak KL POS turut menerima pengesahan berita dari YB Salahuddin Ayub dan Dr Mariah Siri Mahmud mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.



Beliau yang dilahirkan pada 2 Ogos 1957 mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly Ipoh, Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Ijazah Kelas Pertama (Kedoktoran).

YB Dr Lo'Lo juga telah melanjutkan pengajiannya di Adelaide Alternative Medicine & Surgery dalam pengkhususan Acupunturist.

Beliau memenangi kerusi Parlimen P119 Titiwangsa pada pilihanraya umum lalu pernah bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang namun tewas kepada calon Barisan Nasional.

Allahyarhamah Dr Lo'Lo telah meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan. Anak-anak beliau ialah Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan. Beliau juga mempunyai seorang cucu yang bernama cucu iaitu 'Izz Nu'man.

Jenazah beliau kini dibawa dalam perjalanan ke Masjid Akram Dato Keramat untuk dimandikan dan dikapankan.

Al Fatihah ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...