Translate

16/06/2011

PUNCA - PUNCA KECICIRAN PELAJAR


Walau pun peluang bersekolah di negara kita amat mudah malah ada peraturan yang membolehkan ibu bapa dihukum sekiranya tidak menghantar anak ke sekolah namun masalah keciciran masih terus berlaku.Fenomena ini bukan sahaja berlaku di bandar tetapi juga di luar bandar.Jika kita lihat pada sistem persekolahan di negara kita, tiada sekatan kenaikan pelajar sehingglah ke Tingkatan Lima, pun begitu masih ada segelintir pelajar yang tidak dapat menghabiskan persekolahan sehingga ketahap tersebut.Pada pandangan peribadi penulis, antara sebab-sebab berlakunya gejala keciciran ini ialah:-


1) Masalah peribadi pelajar Pelajar tidak minat atau bosan belajar dan bersekolah, mental pelajar tidak menganggap pelajaran itu penting, pelajar malas dan putus asa hendak ke sekolah dan sebagainya. 

2)Masalah keluarga pelajar Pelbagai permasalahan dalam keluarga pelajar seperti masalah kewangan, masalah penceraian, masalah penderaan,masalah kelemahan institusi kekeluragaan, ibu bapa tidak mengambil berat pembelajaran anak-anak dan lain-lain lagi. 

3)Masalah Pengaruh Kawan Pengaruh kawan ini meliputi pengaruh malas ke sekolah atau ponteng sekolah dan akhirnya tercicir kerana terjebak dengan pelbagai masalah seperti penagihan dadah, pergaulan bebas, mat rempit dan sebagainya. 

4)Masalah Pengaruh Persekitaran Budaya pengaruh masyarakat sekitar pelajar juga menggalakkan perkara ini terjadi seperti masyarakat membiarkan sahaja para pelajar yang ponteng sekolah sama ada lepak atau ke cyber,membenarkan pelajar terlibat dengan gejala-gejala negatif serta tiada budaya yang kuat dalam masyarakat secara lebih menyeluruh untuk membendung gejala ini. 

5)Masalah Pengajaran Guru Pengajaran guru yang tidak pelbagai tekniknya serta membosankan juga boleh menyumbang kepada kebosanan dan kemelasan pelajar ke sekolah.

6)Masalah Persekitaran Sekolah - Pelbagai masalah di sekolah juga boleh menyumbang kepada terjadinya masalah keciciran ini seperti masalah BULI, peranan kaunseling sekolah yang kurang berkesan, budaya persekitaran sekolah tak kondusif dan seumpamanya.


7)Masalah Pelajar Tiada Didikan Agama - Pelajar yang tiada cukup dididkan agama akan senang terpengaruh dengan pelbagai perkara yang boleh menjerumuskannya ke arah keciciran.

8)Kemajuan Ekonomi Negara - Kemajuan ekonomi negara telah menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan para pelajar tidak merasa terlalu bimbang dan gusar untuk tidak menamatkan persekolahan mereka kerana masih boleh mendapat kerja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...