Translate

15/06/2011

Negara Berkebajikan: PAS patut malu pada rakyat Kelantan..


Umum sudah mengetahui, negara Islam kini tak lagi menjadi keutamaan buat PAS. Sebaliknya, PAS kini sudah berubah mendukung prinsip negara berkebajikan seperti yang dimahukan oleh DAP dan juga Anwar Ibrahim.
Persoalannya, apakah semua pemimpin-pemimpin PAS tahu apa yang dimaksudkan dengan negara berkebajikan tersebut? Kita tak perlu pergi jauh untuk melihat kemampuan PAS merealisasikan agenda negara berkebajikan mereka. Kita lihat Kelantan sebagai contoh..

Di Kelantan, semenjak 20 tahun lebih pemerintahan PAS di bawah Nik Aziz, boleh dikatakan semua keperluan asas rakyat seperti air, bekalan elektrik dan juga tempat tinggal masih lagi menjadi satu masalah besar. Seluruh negara tahu akan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri tersebut.
Apa guna PAS melaung-laungkan konsep negara berkebajikan jika rakyat di negeri yang mereka tadbir sejak sekian lama masih tak mampu dijaga kebajikannya? Bukan rakyat Kelantan tak bising dan merungut tentang masalah yang dihadapi, tetapi pihak kerajaan PAS negeri saja yang buat tak nampak dengan apa yang berlaku.
Cuba bayangkan, air yang disalurkan kepada penduduk negeri di seluruh Kelantan, warnanya tak ubah seperti air teh tarik yang kita beli di warung-warung tepi jalan. Itupun, bekalannya kerap terganggu dan sering terputus di beberapa kawasan.
Penyaluran bekalan elektrik untuk rakyat di Kelantan kini pula semakin menjadi tumpuan. Baru-baru ini, lebih 300 peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) terpaksa menggunakan lilin atau menutup premis mereka apabila MPKB menutup akaun bekalan elektrik pasar itu.
Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked MPKB Ab Salim Ahmad berkata, beliau menyedari bekalan elektrik itu terputus sejak kelmarin dan semalam ramai peniaga merungut.
“Kami tidak diberikan notis pemotongan bekalan elektrik oleh MPKB, ini adalah satu tindakan penindasan. Kami juga terpaksa berniaga di dalam gelap dan panas kerana lampu dan kipas tidak dapat berfungsi,” katanya.
Bukti sudah jelas, beginilah cara PAS jaga kebajikan rakyat di Kelantan. Sepanjang yang kita tahu, pemimpin PAS terlalu banyak meluangkan masa dengan berpolitik dan mempolitikkan isu-isu yang tidak menguntungkan rakyat tetapi menguntungkan parti dan pemimpin Pakatan.
Niat Parti PAS cuma hendak menang dalam pilihanraya. PAS bukannya mahu berkhidmat pada rakyat, apatah lagi untuk menjaga kebajikan umat Islam keseluruhannya. Lihat saja bagaimana rakyat Kelantan dianiayai oleh Nik Aziz dan juga pemimpin-pemimpin PAS.
PAS terpaksa mengikut telunjuk DAP didalam memperjuangkan negara berkebajikan. Walau pun PAS tahu DAP adalah sebuah parti politik sosialist yang bertemakan Komunis moden dan ia bertententangan dengan ajaran Islam, PAS tetap ingin ikut sama perjuangan DAP. Kenapa?
Bukankah ini menunjukkan Pemimpin Parti PAS sudah jadi gila kuasa namanya? Dan dimanakah perjuangan asal PAS yang mereka laungkan selama ini? Di mana slongan PAS yang mahu membangun bersama Islam? Anda jawablah sendiri.. PAS kini bukan saja menipu pengundi Islam, tetapi sebenarnya mereka sedang menipu diri mereka sendiri.
Posted by Che_Wan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...