Translate

05/06/2011

Golongan Bukan Ulama Kuasai Kepimpinan PAS Pusat

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Golongan bukan ulama menguasai kepimpinan PAS Pusat apabila golongan itu menyapu bersih jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta kebanyakan daripada 18 anggota jawatankuasa pusat dalam pemilihan sempena Muktamar PAS ke 57 di Taman Melewar di sini.

Pemimpin PAS di peringkat akar umbi, Mohamad Sabu tanpa diduga menempah kejayaan apabila merampas jawatan Timbalan Presiden daripada penyandang tiga penggal Nasharuddin Mat Isa.

Mohamad, 56, yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat memperolehi 420 undi menewaskan dua calon ulama iaitu Nasharudin yang memperolehi 224 dan Pesuruhjaya PAS Pahang Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperolehi 399 undi.

Jawatan Naib Presiden juga dikuasi oleh golongan bukan ulama apabila, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar diisytiharkan menang dalam pertandingan enam penjuru.


Salahuddin, 50, memperolehi undi tertinggi sebanyak 753 undi manakala Husam 52, yang juga Exco kerajaan Kelantan mendapat 660 undi manakala Mahfuz, 54, memperoleh 616 undi.

Mereka menewaskan tiga calon lain iaitu Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad, exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Abdullah dan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pengumuman keputusan rasmi pemilihan jawatankuasa PAS Pusat itu dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dalam Dewan Muktamar Taman Melewar yang dipenuh sesak dengan perwakilan dan para pemerhati.

Menurut Abdul Halim , seramai 1,045 daripada 1,077 perwakilan yang layak memilih telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk menentukan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan anggota jawatankuasa kerja bagi sesi 2011-2013.

Selain itu, 18 anggota jawatankuasa kerja bagi sesi 2011-2013 yang telah dipilih daripada 53 calon yang bertanding.

Daripada jumlah itu, lima adalah muka baru manakala 13 lagi mengekalkan jawatan mereka.

Lima muka baru terdiri daripada anggota parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, anggota Parlimen Kuala Terengganu Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah dan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuraidah Salleh.

Berikut adalah senarai anggota jawatankuasa kerja PAS Pusat sesi 2011-2013 mengikut pungutan undi tertinggi:

1. Mazlan Aliman

2. Dr Mohd Hatta Md Ramli

3. Datuk Kamarudin Jaffar

4. Mohamed Hanipa Maidin

5. Datuk Seri Azizan Abdul Razak

6. Dr Dzulkefly Ahmad

7. Dr Mujahid Yusof Rawa

8. Khalid Abdul Samad

9. Abdul Ghani Shamsuddin

10. Ir Amiruddin Hamzah

11. Abdul Wahid Endut

12. Datuk Abu Bakar Chik

13. Datuk Mohd Amar Abdullah

14. Datuk Dr Mahfodz Mohamed

15. Dr Siti Mariah Mahmud

16. Datuk Dr Hassan Ali

17. Abdul Ghani Abdul Rahman

18. Nuridah Salleh

-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...