Translate

27/05/2011

Subsidi… Kenapa Perlu Bersikap Kacang Lupakan Kulit?

Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh parti Barisan Nasional telah memutuskan untuk mengekalkan subsidi minyak RON95 pada kadar RM1.90.

Ramai yang berkata itu hanyalah satu tindakan untuk hadapi pilihan raya, yang kedengaran hendak berterima kasih jauh sekali kedengaran. Lebih banyak yang tidak kisah dan ambil peduli pun dengan nikmat yang diperolehi tersebut.
 
Kalau naik harga, bukan main pantas lagi mengutuk, mengecam dan mencerca. Sampai bilakah dapat diubah cara sebegini? Apa salahnya berterima kasih pada tangan yang memberi?

Bagaikan kacang yang melupakan kulitnya. Sejak dari dalam kandungan bayi lagi, pelbagai nikmat diperolehi oleh ibunya ketika mendapat kemudahan klinik kesihatan. Ini subsidi kesihatan.

Bila lahir, subsidi suntikan dan vaksin. Masuk tadika pun ada subsidi. Masuk darjah satu, subsidi lagi, susu,buku, yuran dan lain-lain lagi.

Masuk sekolah menengah pun ada subsidi macam-macam. Masuk universiti, ada lagi subsidi yuran, kos pengajian dan pelbagai lagi.

Ada yang dapat RM1.5 juta untuk melanjutkan pengajian secara biasiswa ke luar negara. Ini dibelanjakan semata-mata untuk lahirkan seorang doktor di negara ini. Banyak subsidi dihabiskan untuk memastikan rakyat Malaysia sihat dan berpendidikan.

Sudah habis belajar ada yang dapat kerja, ada juga yang makan gaji dengan kerajaan dan ada juga yang swasta. Namun bila diminta untuk memilih kerajaan bagi mentadbir negara ini, mereka lupakan semua nikmat yang lepas sebab mereka kata minyak naik harga, jadi perlu tukar kerajaan.

Begitu mudah kesimpulan dibuat. Namun itulah yang selalu dibuat oleh golongan yang lupakan kulit.

Bila sudah berada dalam mulut yang manis,kacang terlupa asal-usulnya, terlupa bahawa tanpa kulit yang melindunginya, siapalah kacang.

Kulit yang membesarkan, menjaganya dengan baik dan membelai kacang itu hingga dewasa ditinggalkan bila kacang sudah diperdaya dengan janji-janji mulut yang manis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...