Translate

26/05/2011

Subsidi + GST = UNDI (JANGAN DIBANDING DENGAN NEGARA LUAR)

Sekarang ni... kebanyakan media cetak dan media elektronik sibuk mempromosikan budaya tanpa subsidi…..hinggakan timbul rasa bosan, tertekan dan meluat yang “meluap-luap”….

Tanya sahaja pada ramai orang, siapa yang mahu bayar lebih….? Tanya orang BN pun mesti tak nak hapus subsidi punya….Cuma bila depan pemimpin besar...kasi lakon sikit, kasi sokong biar gempak sikit…ye..tak… kalau tak nanti dichop pengkhianat lah pula…


Cukup-cukuplah membandingkan Negara kita dengan Negara orang…….Orang tua-tua ada berkata hujan emas di negeri orang, adalah lebih baik hujan batu di negeri sendiri……maknanya, biarlah harga negeri orang tu melambong-lambong tinggi macam emas, asalkan negeri aku, harga nya tetap rendah macam sebiji batu kelikir….janji aku boleh bernafas dengan selesa tanpa tekanan yang mendesak cukuplah...

Kalau di tanya hal ini pada orang yang ada belajar, mestilah mereka akan bercerita betapa bagusnya hilangkan subsidi, lagi elok lepas tu kenakan GST (Good & Services Tax)..lepas tu cerita pula fasal ekonomi, defisit, inflasi…bla…bla…bla…..

Berapa ramai orang luar bandar tu dok tahu pasal bahasa tinggi ni yer......?

Samalah dengan beberapa rakan tegar UMNO saya, beriya-iya dok mempertahankan polisi hapus subsidi, ambil GST…..tapi di akhir bicara, masih berharap harga barangan tidak naik….hipokrit betul….

Sebenarnya penghapusan subsidi bermakna harga perkhidmatan dan barangan akan naik…lepas tu di kenakan pula cukai GST, ini akan menyebabkan harga perkhidmatan dan barangan bertambah naik…..jadi disini bermakna pengguna bakal kena bedal, sebanyak dua kali…..

Semalam ada satu temubual selingan... berbicara tentang subsidi di dalam arca kepenggunaan elektrik….. Sememang nya dalam bicara sang bijak tu, ada benarnya....bila beliau menyebut bahawa pengunaan elektrik yang banyak atau pembaziran elektrik akan menyebabkan kadar kos penjanaan elektrik dan kos tanggungan subsidi kerajaan akan meningkat ……apa yang di katakan itu memang fakta dan tidak boleh disangkalkan lagi…

Tetapi yang salahnya bila ia cuba mengalihkan kesalahan itu kepada orang ramai terutamanya pengguna domestik….yang dikatakan membazir dan langkah untuk mengawalnya ialah hapuskan subsidi, maka tarif elektrik akan naik dan penggunakan akan berjimat cermat dan berhemah dalam menggunakan tenaga elektrik….wah, macam sedap jer bunyi nya kan…sedap mulutjer kau..kata aku ni salah seorang yang menyumbang pembaziran tenaga elektrik...saman kanng...nasib baik aku miskin, tak mampu bayar lawyer...hehehe

Sedap betul kau cakap yer... cuba salahkan orang ramai, .... pasal orang ramai membazirlah , kita kena kawal mereka dengan kenakan tarif tinggi …bijak-bijak....tak pasal-pasal semua orang terjebak... kena pancung sekali....Sudin pernah berkata.... "woiiii pasal belacan pun nak memancung...buat lah cerita lain, pasal cerita emas ka .. cerita ayam ka.. cerita ikan belaga ka ..cerita kumbang terbang ka.. tak boleh ?"

Sedarkah kita,…bahawa...adakah orang ramai yang dok rumah setinggan, rumah kampong, flat, rumah teres, rumah kos rendah, rumah kos sederhana …tu dok membazir…..?

Rasanya rumah siapakah atau jenis apakah ?... yang dok ada sistem penghawa dingin, alarm sistem, LCD TV, Mini Panggung, cctv, hatta lif sekalipun di rumah-rumah mereka…?

Jadi…. jawablah sendiri…..? Adakah patut kesalahan ini di hamburkan, semuanya pada orang ramai….?


Dalam erti kata lain, sekiranya parti pembangkang , ingin menang dalam PRU akan datang, maka senjatanya adalah tentang “Subsidi” dan “GST”…. atau bahasa kampong nya…tawarkan sahaja kesenangan yang bakal dimiliki oleh orang ramai, jika mereka memerintah…..kan buktinya sudah ada…..Dengan tawaran yang manis-manis dalam PRU lepas , Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sudah ada di genggaman Pembangkang… Perak tu kasi tolak tepi, nasib tak baik jer... lepas balik ke tangan BN….tupun sebab salah congak strategi…senjata makan tuan....

Walaupun di lihat, kepimpinan Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan pengenalan konsep 1Malaysia, dapat meraih kembali undi rakyat, tetapi tidak mustahil beliau, bakal kehilangan undi itu kembali, sekiranya isu “Subsidi” dan “GST”…. Tidak ditangani dengan betul dan berhemah……………….



Hendak undi BN ker…hendak undi Pembangkang ? errmmm …. ditelan mati emak , diluah mati bapa…. Dua-dua ada pro dan kontra…tapi kelebihan masih ada di sebelah kem Dato' Sri Haji Mohd Najib… tapi kedudukan itu tidaklah… selesa sangat kan?…yang nyata PRU akan datang, setakat hari ini BN, dilihat masih tercungap-cungap mencari rentak……

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...