Translate

06/05/2011

Sambutan Hari Belia Terengganu di Kuala Berang

Kira-kira 3,000 belia di negeri ini dijangka menghadiri pelancaran sambutan Hari Belia Negara peringkat Terengganu pada 20 Mei depan di Padang Astaka, Kuala Berang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, pelbagai program diadakan bagi menambahkan kemeriahan dan menarik penglibatan remaja termasuk pertandingan futsal, Pekan Budaya dan City Night Game.

"Pada masa sama, setiap daerah turut memainkan peranan dengan menganjurkan aktiviti keilmuan dan sosial yang boleh turut mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat," katanya.

Katanya, Hulu Terengganu bakal menganjurkan Forum Perdana, Marang (Sentuhan Rohani bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan), Besut (Gotong-Royong Perdana) dan Setiu (Seminar Kepenggunaan Belia).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...