Translate

18/05/2011

SAAT-SAAT TERAKHIR TERBANGNYA SEEKOR BURUNG PANDIKUTTY !!!

Hari-hari terakhir kebebasan Anwar Ibrahim sudah semakin hampir. Dan sementara menanti hari kebebasannya berakhir, pelbagai acara telah dilakukannya untuk melepaskan geram.

Hakim Zabidin Mat Diah telah diangkat menjadi Hakim Neraka kerana memerintahkan Anwar membela diri di atas pertuduhan yang dikenakan kepadanya. Anwar tidak ada hujah yang lebih bernas untuk mematahkan segala hujah serta bukti pihak pendakwa. Para pengikutnya tahu, Anwar tidak mempunyai ruang untuk melepaskan diri dan kemaluannya dari hukuman penjara. Lantaran itu, gelaran Hakim Neraka telah diberikan kepada Hakim Zabidin Mat Diah kerana meletakkan Anwar dalam keadaan yang sangat sukar. Gelaran itu juga diberikan kerana Anwar sendiri akan mendedahkan aibnya kepada umum pada sesi pembelaan diri nanti.


Gerakan untuk mengembalikan semua arus Reformasi seperti pada 1998 tidak mendapat sambutan. Yang beria-ia hendak mengadakan demonstrasi jalanan pula, hanyalah kambing-kambing busuk yang tiada sesiapa pun peduli.

Anwar cuba mengharapkan bantuan daripada PAS seperti mana yang diberikan oleh PAS di bawah kepimpinan Fadhil Noor, malangnya kali ini anggapannya tidak berjaya. Bukan sahaja PAS sedang sibuk dengan pemilihan yang tidak ditunda seperti UMNO, sebaliknya pengANJINGan PAS oleh Anwar Ibrahim dan PKR telah berjaya dikesan.

Geng-geng Erdogan di dalam PAS tidak berani tunjuk kuasa apabila indikasi menunjukkan wakil Erdogan, hanya mendapat satu pencalonan untuk menentang Abdul Hadi Awang. Manakala beberapa nama Erdogan lain, tercicir daripada senarai AJK PAS Pusat.

Dengan kata lain, para Erdogan tersebut dapat meihat betapa ahli-ahli bawahan PAS sebenarnya tidak berminat untuk menjadikan diri mereka hamba kepada Anwar Ibrahim berbanding pemimpin-pemimpin Erdogan tersebut.

Maka berdebar-debarlah Anwar sementara menunggu nasibnya. Dengan barisan peguam bela mahalnya sudah mula bertekak antara satu sama lain, Anwar cuba cover dengan arahan agar peguam-peguam tersebut melawan habis-habisan. Nak lawan habis-habisan macam mana kalau mereka sendiri tidak ada hujah yang lebih bernas untuk mematahkan bukti serta hujah pendakwaraya.

Hari-hari terakhir kebebasannya bererti hari-hari terakhir dia menjadi ahli politik. Sebarang hukuman walaupun sekadar dua tahun penjara, akan menyebabkan reputasinya selaku bekas Presiden ABIM, mahupun sebagai ketua Pakatan Rakyat, akan hancur berkecai. Bahkan gelaran MUNAFIQ yang sentiasa menyamar dengan berdiri di belakang Imam ketika solat berjemaah, akan semakin mengukuh.

Anwar tidak bersalah selagi tidak didapati bersalah oleh mahkamah. Tetapi apa yang berlaku sekarang, Anwar seolah-olah hendak memberitahu dunia bahawa dia memang bersalah dengan enggan dibicarakan dan membela diri!!!

Allah Maha Berkuasa.....Amin.


by Cucutokwan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...