Translate

01/05/2011

PAS MASUK BARISAN? KERINGLAH DARAH LIM KIT SIANG, KALAU JADI!!!!

Isu PAS masuk Barisan Nasional dikumandangkan lagi. Kali ini datangnya daripada Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia sendiri. Dan sudah tentulah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib Abdul Razak mengundang pelbagai tanggapan yang masing-masing mempunyai kebenarannya yang tersendiri.

Sekalipun Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS terus berkeras menyatakan PAS akan kekal berada di dalam Pakatan Rakyat, tawaran yang dibuat oleh Najib Abdul Razak, akan dijadikan sebagai buah hujah pihak-pihak tertentu di dalam PAS sendiri.
Kerjasama PAS-DAP-PKR sebenarnya dilihat lebih banyak menguntungkan DAP. Ketika DAP berjaya menambah kerusi dan pengaruh di seluruh negara, PAS pula terus dilihat sebagai sayap dan jentera DAP yang menjadi tebusan tidak berbayar. PAS dipergunakan oleh DAP sepenuhnya untuk membolehkan parti tersebut diterima oleh kalangan masyarakat Melayu sama ada sokongan terus, mahupun sokongan tidak langsung. Sedangkan pada masa yang sama, PAS kekal ketandusan sokongan daripada masyarakat bukan Melayu yang sepatutnya dibantu oleh DAP menerusi Pakatan Rakyat.

Sokongan kaum DAP kepada PAS pula dilihat hanya untuk mengukuhkan kedudukan DAP dan bukan solid kepada PAS. Seperti yang berlaku di Kuala Sepetang ketika Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, masyarakat DAP melihat sokongan kepada Nizar Jamaluddin akan membolehkan kuasa sepenuhnya dialirkan kepada mereka apabila kerajaan negeri pimpinan Nizar Jamaluddin ditumbangkan menerusi kegiatan lompat. Nizar Jamaludddin telah pun membuktikan bagaimana cekapnya DAP menggunakan PAS dalam merealisasikan banyak perkara yang lebih berpihak kepada kaum DAP.

Dalam hal ini, PAS tidak perlu diajak masuk ke dalam Barisan Nasional. PAS seharusnya kekal sebagai pembangkang yang dapat mengimbangi kuasa UMNO. PAS perlu bertindak sebagai pengawas kepada UMNO dalam pentadbiran negara. Menjadikan PAS sebagai entiti yang angguk-angguk dan diketuk-ketuk di dalam Barisan Nasional, merupakan kerugian besar kepada rakyat.

Bagaimanapun, PAS seharusnya dibantu untuk menjadi lebih kukuh. Setidak-tidaknya mengatasi kekuatan DAP yang berjaya menggenggam kerusi-kerusi bandaran. Di dalam Pakatan Rakyat, PAS seharusnya menjadi ketua, bukannya berketuakan DAP dan diarah tunjal oleh PKR sesuka hati seperti yang kita dapat lihat sekarang.

PAS terlalu banyak mengalah dan terlalu rendah diri untuk berdiri di sebelah DAP dan PKR. Walaupun sedar, kekuatan DAP dan PKR selama ini banyak disokong oleh jentera PAS yang lebih teratur dan lengkap, namun kebanyakan pemimpin PAS memilih untuk menjadi lembu yang dicucuk hidung. Apa-apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan tinggi DAP dan PKR akan diangguk tanpa sedikit bantahan pun. Kalaupun ada yang cuba membantah, apabila dijegil oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh, kebanyakan pemimpin PAS kemudiannya akan berpusing cakap.

Kejadian terbaru memperlihatkan bagaimana Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS terpaksa 'membetulkan' cakapnya sambil memberi alasan, kenyataannya telah dipusing pulas oleh media apabila Azmin Ali mengamuk setelah Mustafa Ali tidak menggunakan perkataan 'KONSPIRASI' dan FITNAH sebaliknya berkata, PAS akan mengkaji kedudukan di dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan polis ke atas video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, selesai.

Fungsi pembangkang sememangnya lebih sesuai untuk PAS berbanding menjadi komponen di dalam Barisan Nasional. Walaupun negara mempunyai pembangkang, tetapi PKR dan DAP sebagai pembangkang, dilihat lebih banyak merosakkan negara berbanding turut sama berganding bahu dengan kerajaan untuk memajukan negara. DAP sebagai pembangkang, ingin mengubah perlembagaan negara, sama ada secara langsung, mahupun menerusi perbuatan mereka memproksikan Bumiputera seperti yang mereka lakukan di Pulau Pinang dan Selangor. Manakala PKR sebagai pembangkang pula, tidak lekang-lekang dengan tujuan menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tidak habis-habis dengan masalah KEMALUANNYA!!!

PAS pula dilihat terlalu terikut-ikut dengan gelagat PKR dan DAP sedangkan PAS kalaulah tahu kekuatan dan keistimewaan mereka, pastinya menjadi pembangkang yang lebih efisien yang bukannya bertugas membangkang apa-apa sahaja tindakan kerajaan sahaja, sebaliknya turut menjadi mata dan telinga yang memperjuangkan nasib rakyat.

PAS boleh menolak tawaran untuk menyertai Barisan Nasional, namun PAS tidak seharusnya menolak untuk menjadi kepala pembangkang yang lebih baik dan lebih bernada rakyat berbanding sekarang, yang hanya jadi pak turut dan bernada Anwar Ibrahim serta Lim Kit Siang!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...