Translate

31/05/2011

Nik Aziz Sahkan Ketakutan DAP. Parti Komunis Malaya Berulang Lagi.

View Image

1- Penganalisis politik , Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berpendapat bahawa, rancangan DAP untuk meletakkan calon Melayu mewakili parti tersebut pada pilihan raya umum akan datang mencerminkan rasa tidak percaya serta kurang yakin dengan kemampuan Pas serta sekutunya dalam pakatan pembangkang.

“DAP terpaksa mencari alternatif lain sebagai strategi untuk memastikan orang Melayu menyokong parti tersebut memandangkan peranan Pas dalam pakatan tidak banyak membantu ketika ini”

"DAP dan Pas tidak pernah mempunyai persefahaman, malah keduanya selalu bergaduh mengenai pelbagai perkara. Walaupun sering menafikan tetapi rakyat bukannya bodoh untuk menilai lakonan tersebut”

"Kedua-duanya juga mempunyai ideologi yang bertentangan sehingga menyebabkan wujudnya perasaan prejudis dan prasangka buruk antara satu sama lain”

''Jadi bagaimana mereka mahu melaksanakan usaha bersama sekiranya saling mencurigai,"  Sumber Utusan Malaysia

2- Menurut Kay Kim lagi, tujuan utama DAP mengubah strateginya dengan memberi fokus kepada orang Melayu adalah untuk mendapatkan kuasa secara total. DAP sedar bahawa sekiranya mahu mendapatkan kuasa autonomi di negara ini, mereka perlu mendapatkan sokongan daripada orang Melayu.

Bagaimanapun, Kay Kim tidak pasti sama ada rancangan DAP itu akan berjaya atau sebaliknya kerana secara umumnya masyarakat Melayu terikat dengan pegangan Islam.

"Apakah perjuangan dan ideologi DAP itu bersesuaian dengan orang Melayu. Golongan itu dinaungi oleh hak serta keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan DAP pula sering kali mempertikaikan perkara tersebut”

"Sebenarnya semua ini terletak pada orang Melayu sendiri. Adakah mereka mahu menyokong perjuangan DAP yang ternyata bertentangan dengan amalan serta budaya Melayu atau teruskan perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti jasanya sejak negara merdeka lagi,"

3- Pandangan Kay Kim memang berasas bahawa DAP tidak mempercayai PAS apabila Nik Aziz sendiri hari ini mengesah kan bahawa terdapat 5 perjumpaan beliau dengan orang perantaraan Umno-BN untuk membincangkan penyatuaan orang-orang Melayu.

Berdasarkan Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil,

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno,"

“Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu..Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.” Sumber Malaysiakini

4- Perkara-perkara penyatuan orang Melayu lah membuatkan DAP bimbang dan mereka berusaha kearah menguasai pentadbiran kerajaan Malaysia secara total. Jika kerjasama Dap dengan Pas-Pkr gagal, maka alternatif  atau plan mempengaruhi dan menyerap orang Melayu memasuki Dap akan dilancarkan besar besaran.
Shamsiah Fakeh - Dua wajah berbeza
Rashid Mydin


 Muka Komunis Kit Siang (Bertopi dan Sekarang)

5- Perkara yang dilakukan oleh DAP hari ini tidak ubah seperti apa yang telah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya apabila mereka berjaya memperbodohkan orang-orang Melayu seperti Rashid Mydin > dan Shamsiah Fakeh > menyertai mereka.

6- Bukti-bukti menyatakan DAP adalah saki baki sisa sisa Parti Komunis Malaya amat lah jelas.

“Komunis DAP Mengulangi Taktik Parti Komunis Malaya (PKM)”

“Melayu DAP Seperti Melayu PKM”

“DAP Adalah PKM”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...