Translate

09/05/2011

MAHKAMAH YANG UZUR SEJAK 70 TAHUN - TIDAK DIAMBIL PEDULI !!!


MARANG - Arus pembangunan persekitaran dipertingkatkan, pengumuman keputusan daripada Audit SIRIM, Majlis Daerah Marang memperolehi MS ISO 9001 : 2001.   Tapi apa yang berlaku disebaliknya bangunan Mahkamah Daerah Marang terletak didalam kawasan Majlis Daerah Marang dibiar begitu saja.


Paparan papan tanda Mahkamah Daerah Marang begitu gah dipaparkan, tapi apabila dilihat bangunan nya adalah sangat menyedihkan.  Lebih daripada 70 tahun yang lalu telah dibina, beberapa kali penambah baik pulih dibuat, namun perancangan untuk mengujudkan bangunan baru tidak diambil peduli.  Apakah perkara ini perlu dibiarkan begitu sahaja????  Kuman ditepi lautan nampak dilihat, kuman ditepi bibir tidak nampak !!.


Sepatutnya perkara sedemikian tidak perlu diketengahkan, jika keprihatinan sepenuhnya dipantau, namun tersemat sikap tidak ambil tahu, inilah jadinya.

Masyarakat setempat, masih lagi merasa ketidakpuasan hati ke atas tindakan-tindakan yang diambil sekadar 'Melepaskan Batuk Ditangga Saja'.  Atau menunggu disaat-saat akhir menjelang PRU ke 13 ???









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...