Translate

01/05/2011

KES ROGOL MENINGKAT DI NEGERI SERAMBI MEKAH ????


KOTA BHARU, 30 April - Jenayah seksual membabitkan remaja di daerah ini kian membimbangkan apabila tujuh kes rogol melibatkan sesama pelajar berusia antara 13 tahun hingga 17 tahun, di laporkan dalam tempoh dua minggu lalu.

Lebih mengejutkan, ada diantara mereka mengaku telah melakukan hubungan seks sebanyak sembilan kali.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu  Asisten Komisioner Azham Osman berkata, tiga daripada mangsa merupakan pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun dan empat lagi berumur 16 hingga 17 tahun, sementara kesemua suspek lelaki berusia 16 hingga 17 tahun telah di tahan.  Beliau berkata, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 30 kes rogol di laporkan (melibatkan semua peringkat usia) dan tujuh kes yang dicatatkan dalam dua minggu lalu adalah yang tertinggi berbanding sebelumnya.

"Berlaku peningkatan mendadak dalam dua minggu ini,  bermula 12 April  apabila  terdapat tujuh kes rogol dilaporkan, dan yang kita risaukan ketujuh-tujuhnya melibatkan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun. Keadaan ini amat membimbangkan. Apa sudah jadi dengan remaja-remaja sekolah ini? soalnya pada satu sidang media di sini, hari ini.  Itu merupakan sebahagian daripada laporan yang dipetik daripada www,utusan.com.my

Kelatekito.net tidak mahu mengulas panjang mengenai isu ini, cuma ingin bertanya kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat apa sudah jadi dengan slogan membangun bersama Islam?

Dulu kata, rakyat kelantan lebih baik daripada rakyat negeri-negeri lain kerana berjaya menerapkan nilai-nilai Islam.  Sila jawab Tuan Guru tetapi jangan salahkan orang lain kalau Tuan sendiri berjalan tidak betul.-kelatekito.net

Dicatat oleh mnorkembalak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...