Translate

19/05/2011

"Anwar Ikutlah Jejak Saya" - Dominique Strauss-Kahn


Inilah cara orang yang bermaruah - demi menjaga nama baik IMF, Dominique Strauss-Kahn yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan serangan seksual meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Walaupun masih belum dibuktikan kesalahan yang dilakukannya, namun demi menjaga maruah organisasi, beliau sanggup meletakkan jawatan yang sangat berpengaruh itu. Lain pula ceritanya dengan seorang pemimpin pembangkang di Malaysia. Meskipun sudah disabitkan dengan kesalahan liwat dan terlibat dengan video seks, pemimpin tersebut masih enggan berundur dari dunia politik - malah cuba "mengkambinghitamkan" orang lain, demi menutup aib dan dosa sendiri.



Sekiranya manusia yang tidak beriman seperti Dominique itu masih ada perasaan malu dan mahu menjaga nama baik organisasi, apatah lagi kalau seseorang pemimpin itu beriman kepada Allah, dia harus berasa malu bukan sahaja kepada diri sendiri, bahkan kepada Allah, Tuhan sekalian alam, setelah terbukti pemimpin tersebut terlibat dengan salah laku seks yang sangat menjijikkan. Dominique menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dikenakan terhadapnya, tetapi beliau tetap meletakkan jawatan hebatnya itu. Inilah cara orang yang ada harga diri dan bukan terus menerus membohongi rakyat, kononnya konspirasi, konspirasi dan konspirasi! Baca laporan di bawah:

SINGAPURA, 19 Mei — Dominique Strauss-Kahn yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan serangan seksual meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). “Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dikenakan ke atas saya,” kata Strauss-Kahn dalam kenyataan meletakkan jawatan itu, bertarikh 18 Mei, yang dikeluarkan IMF hari ini. — Reuters

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...