Translate

20/04/2011

Penagihan dadah di Kelantan meningkat

KOTA BHARU - Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan meningkat sebanyak 50 peratus, dan lima daripada 10 daerah di negeri itu dikategorikan sebagai paling kritikal, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Beliau berkata, daerah terbabit ialah Tumpat dengan 160 kes, diikuti Kuala Krai (77 kes), Pasir Mas (71), Bachok (49) dan Tanah Merah (45) manakala sejumlah 2,868 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 1,902 pada 2009.
Sehubungan itu, Abu Seman berkata, kementerian berhasrat membina rumah komuniti di setiap daerah di Kelantan bagi mengurangkan penagihan dadah yang digerakkan masyarakat setempat, dengan yang pertama dilaksanakan di Kampung Tanjung Kuala, Tumpat.

"Saya lihat program rumah komuniti amat baik, dan ia amat sesuai dan perlu dilaksanakan di semua daerah di Kelantan. Kalau boleh, setiap daerah ada sebuah rumah komuniti, terutama di lima daerah tumpuan yang kritikal dengan kes dadah itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Cure & Care (C&C) 1Malaysia di Padang Tembak, Pengkalan Chepa hari ini.
Sehingga kini, terdapat 15 rumah komuniti dan enam Klinik C&C di seluruh negara. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...