Translate

16/04/2011

Ibu Bapa Mesti Terbabit Secara Aktif Dalam Aktiviti Internet Anak Mereka

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ibu bapa perlu aktif membabitkan diri dalam aktiviti internet anak-anak mereka bagi memastikan mereka memperoleh manfaat yang tidak ternilai daripada maklumat yang ditawarkan tanpa didedahkan dengan mana-mana potensi yang merbahaya, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata sebagai ibu bapa zaman digital (kanak-kanak yang dilahirkan semasa atau selepas pengenalan pada teknologi digital), mereka mestilah membenarkan anak-anaknya menyertai dunia siber dengan perhatian tertentu.

"Anak-anak kita perlukan bimbingan ibu bapa untuk anak-anaknya selamat semasa melayari internet. Kerana sebagai ibu, saya percaya bahawa kita semua masih boleh mengaplikasikan kemahiran yang sama yang kita gunakan untuk mengajar mereka dalam kehidupan seharian," katanya semasa merasmikan Smart Kids 2011, Pameran Pendidikan Kanak-kanak Terbesar Malaysia ke-10 di sini.
Rosmah berkata untuk menjadi guru siber yang berkesan, ibu bapa mestilah pertama savvy internet untuk memahami cara-cara dunia siber berfungsi.

"Saya percaya ibu bapa yang berkerjaya mungkin tidak ada masalah dalam bidang ini, tetapi ibu bapa tidak akses dengan internet mestilah berusaha memperoleh maklumat itu untuk memahaminya dengan lebih baik," kata beliau.

Beliau berkata ibu bapa boleh menggunakan pengetahuan itu bagi melengkapkan anak-anaknya mengenai keselamatan internet menerusi pengawasan dan pemantauan sentiasa menggunakan sibernya.

Ini menurut Rosmah boleh dicapai dengan meluangkan masa melayari internet bersama-sama, meletakkan komputer di ruang keluarga, menghadkan masa dan menentukan bahan-bahan yang tidak boleh dilayari.

"Ibu bapa dan penjaga boleh juga menggunakan perisian dan alat khas untuk membantu melindungi anak-anak mereka ketika menggunakan internet," tambah beliau.

Rosmah berkata menanamkan kanak-kanak dalam memahami dunia siber serta menggunakannya dengan bertanggungjawab adalah sangat kritikal bagi memastikan bahawa mereka akan terus menerima manfaat daripada teknologi itu dengan selamatnya.

Pada majlis ini, beliau juga menyampaikan Anugerah Pencapaian Muda Cemerlang Malaysia 2011 kepada Loke Sue-Yi untuk Anuegrah Creative Expression dan Izzah Azman serta Aneeta Lingam bagi Anugerah Pencapaian Sukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...