Translate

20/04/2011

Anuar kena tangkap di LONDON ???

Raja Petra: Semua terlibat perlu disiasat

SHAH ALAM – Polis akan menggunakan pelbagai kaedah siasatan untuk mendapatkan semua individu termasuk Raja Petra Kamaruddin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan akuan bersumpah pengendali blog Malaysia Today itu, mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya dalam proses mengumpul dan meneliti semua keterangan diambil sebelum ini.

“Kelmarin, kita sudah panggil beberapa individu untuk membantu siasatan.
“Selepas ini, mana-mana individu berkaitan kes termasuk Raja Petra, akan panggil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, siasatan dijalankan dari pelbagai aspek untuk menentukan kesahihan dakwaan Raja Petra bahawa beliau didesak beberapa individu membuat akuan bersumpah berkenaan, pada 18 Jun 2008 kerana tidak mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Terbaru, Raja Petra mendedahkan beberapa individu memberi maklumat kepada beliau sebelum akuan bersumpah dilakukan antaranya Nik Azmi Nik Daud; John Pang; penulis blog, Din Merican dan pegawai perisik angkatan tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin.

Pada 16 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan polis sudah membuka kertas siasatan berhubung pendedahan Raja Petra itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...