KUALA LUMPUR, 21 Mac – Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menafikan tuduhan bahawa mereka adalah dalang di sebalik kemunculan rakaman video seks baru, yang menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan hubungan seks dengan pelacur bulan lalu.
Malah pemimpin-pemimpin BN juga mempersoalkan pendirian defensif Pakatan Rakyat berhubung dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman itu adalah pemimpin kanan pembangkang.
Sehubungan itu soal Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin, mengapa PR begitu cepat menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman itu sedangkan tidak seorang pun pemimpin mereka telah menonton rakaman itu.
“(Adalah) sesuatu yang ganjil apabila ahli-ahli politik Pakatan begitu cepat menafikan khususnya ketika tidak seorang pun melihatnya.
“Ia hanya ditunjukkan kepada pemberita pagi ini. Bagaimana mereka tahu? Nik Nazmi dengan cepat menghantar mesej (menerusi Twitter) bahawa dia bukan Anwar,” katanya lagi.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, “beliau (Nik Nazmi) yang mengatakan dia (lelaki) itu bukan Anwar, kami dari BN tidak pernah kata yang dia itu Anwar.”
“Kami tidak menyebut sebarang nama, tapi nampaknya mereka begitu defensif mengenai perkara ini,” kata beliau sambil menambah, “kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena.”
Petikan The Malaysia Insider
GOMO: Syabas Yb KJ di atas kenyataan media ini yang menunjukkan pihak PKR sudah kantoi Bongok dengan Isu Video Porno Anwar Ibrahim ini.
Bila pulak Nik Nazmi melihat tayangan video tersebut? Bila masa pula Anwar Ibrahim melihat sendiri tayangan Video tersebut? Tak lihat video tapi dah keluarkan kenyataan media pulak menafikan Anwar Ibrahim terlibat.
Harus kita ingat video ini mungkin di gemparkan bagi melihat BN yang punya angkara namun pihak yang memperolehi keuntungan dalam hal ini bukanlah BN sebaliknya Datuk T yang barangkali sedang mengatur rundingan Harga dengan Anwar Ibrahim untuk tidak mengeluarkan Video tersebut.
Azmin Ali juga untung besar dalam hal ini kerana atas desakkan perletakkan jawatan Wan Azizah sebagai Presiden PKR sudah tentu yang akan menggantikan Wan Azizah adalah Azmin Ali. Menang Free sebagai Presiden PKR.
Untuk makluman semua ramai pemimpin BN yang terkejut dengan keluarnya Video porno Anwar Ibrahim. Malah Gomo juga mendapat panggilan talifon dari pelbagai pihak yang bertanyakan Video Porno Anwar Ibrahim ini. Gomo juga tidak tahu memandangkan hanya di maklumkan malam tadi mengenai tayangan Video Porno Anwar Ibrahim.
Apa sekalipun jangan kita alpa mengenai DNA Anwar yang seharusnya di berikan kepada pihak Mahkamah bagi menyelesaikan Kes Liwat nya.