Translate

02/01/2011

PERLEMBAGAANKU : APA TINDAKAN HISHAMUDIN HUSSEIN ?


Gerakan menghasut rakyat untuk ubah perlembagaan sudah makin berkembang maju.   Dulu ianya hanya dibincangkan di kalangan mereka dalam keadaan tertutup.  Pilihanraya 1969 cubaan merubah perlembagaan telah dicipta, dilakukan secara terbuka.

Konsep Malaysian Malaysia yang jelas diambil cedukan ide daripada singaporean singapore telah dijadikan kempen terbuka pilihanraya 1969.   DAP berjaya menguasai kerusi pilihanraya Kuala Lumpur. di Selangor keadaannya seri, perikatan 14 dan pembangkang 14.   Namun takdir menentukan segalanya. 2 adun MCA dari Selangor telah melompat keluar dari pakatan dan seterusnya menyertai pembangkang.  Dato Haron..seterusnya kamu ketahui insiden 13 Mei.

Kenapa ia terjadi ??? tanya pada diri kamu semula kenapa ia terjadi.

Kerana pemimpin UMNO terlalu lemah dan cukup berlembut dengan cara pembangkang memainkan isu.

Bukan sekadar itu, tempoh berkempen pilihanraya yang panjang (18 hari ) telah memberikan ruang yang secukupnya untuk dap melakukan gerakan onar menggila, ubah perlembagaan mengikut dasar citra malaysian malaysia.

Hari ini peristiwa ini berulang kembali.

DAP sekali lagi melakukan tindakan yang sama, cuma kali ini tampak lebih tersusun dan disulami gerakerja rapi tanpa menimbulkan unsur-unsur provokasi.

Ahli Parlimen DAP dari Klang antara pelaksana agersif mencorakkan semula gerakan merubah perlembagaan melalui nama yang lebih manis dan lembut iaitu 'perlembagaanku'.


Adakah Hishamudin Hussein  tahu bahawa gerakan ini sebenarnya bermatlamat mahu merubah kedudukan istimewa Raja Melayu, hak orang Melayu, bahasa Melayu dan seterusnya maruah Islam ?

kita sudah perhatikan berkali-kali sikap Hishamudin Hussein.  Sudah berkali dia ditegur namun dia lebih mengambil pendirian untuk MENYEPI DIRI DEMI UNTUK  MENYELAMATKAN  UNDI DI SEMBRONG.

Sungguh mengecewakan Menteri KDN ini. 


Apakah dia tak baca buku memoir Tan Sri Ghazalie Shafie?  Pasca 2001 negara pendukung demokrasi seperti Amerika telah melaksanakan ide patriot act, yang lebih mirip kepada peniruan konsep I.S.A. 


Jika negara Amerika terpaksa meniru gaya pre emptive  ala I.S.A, kenapa kita sebagai pelaksana puluhan tahun I.S.A takut untuk mengaplikasi ide 'mencegah lebih baik daripada mengubat' ?


hishamudin..jadilah jantan....semulaKLIK SINI dan  KLIK SINI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...