Translate

16/01/2011

Pendedahan Terbaru Ummi Hafilda, Anwar Kelam Kabut


AIDCNews -14/01/11 – Walaupun nampak macam tenang, namun pendedahan Ummi Hafilda dalam sidang media di Subang Jaya semalam menimbulkan masalah besar di peringkat dalaman kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Blogger gelagatanwar semasa risikannya dalam mesyuarat khas antara pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, di Bangunan Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, jam 5.30 petang, semalam (13 Januari) [klikdi sini] merumuskan Anwar terpaksa menghabiskan masa 45 minit untuk membersihkan namanya dan menyerang kredibiliti Ummi Hafilda.
“Maka, semalam diadakanlah mesyuarat khas antara pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. 5 minit cerita pasal debat Anwar-Najib. 45 minit cerita pasal Ummi Hafilda. Kata sahaja Ummi tidak ada kredibiliti, psycho, gila glamor, gila projek – akhirnya – terpaksa juga tunduk kepada desakan dan tekanan. Dengan Ummi pun Anwar dah jadi kelam kelibut. Apa kes ni Pak Sheikh? Apa yang Anwar takutkan? Apa yang Anwar risaukan?.

“Ummi Hafilda bukannya ‘orang luar’ kepada keluarga Anwar. Rapat. Akrab. Bagai isi dan kuku. Apa yang Ummi nampak; pada waktu Anwar memegang jawatan yang penting – adalah apa yang dia saksikan sendiri ‘dalam rumah’ Anwar. Tivoli Villa. Kereta Jaguar. Nalla punya peranan. Jumpa di BSC. Semuanya berlaku kerana Ummi terlalu rapat dengan keluarga Anwar. Anwar nampak cemas semalam. Nampak huru hara sedikit. Khususnya apabila Ummi menyaman Karpal dan PAS di dalam isu ini”, lapor blogger gelagat anwar. Klik di sini
Dalam sidang media Ummi Hafilda semalam, beliaumenyentuh berkenaan pesanan ibunya supaya Azmin dan Shamshida bertaubat, kekayaan mereka yang luar biasa, status Afifah, ketakutan mereka bersumpah serta tidak menyamannya hingga ke hari ini, walaupun pelbagai dakwaan telah dilemparkan kepadanya.
Ibu Berpesan Kepada Azmin & Shamsida Supaya Bertaubat
Ketika ditanya adakah pendedahan Ummi itu mendapat restu daripada ahli keluarga, beliau menjawab sebelum datang ke sidang media semalam, pada sebelah paginya, beliau telah menelefon ibunya dan kedua-dua kakaknya untuk memohon restu.
Menurut Ummi, ibunya telah mendoakan keselamatannya, manakala kakak-kakaknya bersedia tampil ke mahkamah sebagai saksi di pihaknya.
“Azmin selalu mengambarkan saya dibuang oleh keluarga, saya perempuan yang tak bermoral, macam-macam fitnah yang dibuat. Sedangkan dialah (Azmin) yang membuang ahli keluarganya. Dialah yang sudah bertahun-tahun tidak bercakap dengan kakak-kakaknya. Dialah yang tidak balik ke rumah ibu untuk beberapa tahun.
“Sampai lah dia kena 18 bulan penjara kerana menipu di mahkamah, barulah dia terhegeh-hegeh balik minta ampun kepada emak. Cuba tanya kepadanya (Azmin). Tahun lepas, sebelum dia berlepas ke Mekah, apakah perkataan dari ibu dari ibu saya.
“Azmin bertaubatlah. Shamshida bertaubatlah. Itu kata ibu saya”, kata Ummi.
Ummi menjelaskan lagi permintaan ibunya itu dipersetujui oleh Shamshida, tetapi berlainan reaksinya dengan Azmin iaitu menengking ibunya. Azmin menolak untuk bertaubat, kerana dia mendakwa tiada dosa.
“Dia (Azmin) begitu angkuh!”, tegas Ummi.
Ummi juga turut menunjukkan foto-foto Azmin bersama Dr Mahathir ketika berumur 24 tahun.

“Betapa akrabnya dia dengan Dr Mahathir ketika itu. Dia sebagai anak angkat Dr Mahathir. Ke mana sahaja Dr Mahathir pergi, dia akan ikut, menjadi kesayangan Dr Mahathir.
“Sampaikan ketika dia sakit, ketika dibuang buah pinggang yang satu, Dr Mahathir Perdana Menteri ketika itu sanggup datang dan lapkan badannya.
“Akhirnya mengapa dari seorang anak angkat menjadi si tanggang ?. Semuanya kerana duit, kerana kemewahan yang Anwar Ibrahim telah laburkan kepadanya.
Kekayaan Azmin dan Shamsida Luar Biasa
Ummi juga turut menunjukkan resit-resit kepunyaan Azmin dan Shamshida yang bernilai 20 juta.
“Dalam usia 25 tahun sahaja, Azmin telah menjadi jutawan. Ini adalah resit-resit yang asli. Saya ada banyak lagi yang saya simpan. Separuhnya telah diserahkan kepada SPRM dan separuhnya masih ada.
“Dekat sini sahaja, yang ada ditangan saya 20 juta kepunyaan Azmin dengan Shamsida Taharin. Jadi tak usah tuduh orang lain perompak, penyamun, mereka adalah bapa segala rasuah, mereka lah bapa segala penyamun, mereka lah bapa segala perompak.

Afifah Anak Anwar ?
Ketika ditanya siapakah anak Azmin Ali yang Anwar Ibrahim mandikan dan ganti lampin ketika pergi ke rumahnya seperti yang ditulis di blognya, Ummi menjawab namanya adalah Afifah.
“Kita pun jadi pelik, kenapa nama itu diberi nama Afifah, sedangkan nama lain diberi oleh Azmin, bermula dengan Farah Shazliyana dan sebagainya.
“Tetapi Afifa nama mesti sama dengan papa, “A”. Dan tarikh lahir pun sama, 10 Ogos. Budak (Afifah) belum cukup waktu (lahir), dipaksa keluar untuk mendapatkan, tarikh yang sama dengan papa, 10 Ogos.
“Saya tidak mahu tuduh. Tetapi saya mahu mahkamah membongkar semula darah yang dibawa oleh Shamshida ketika Anwar masih berkuasa, adakah darah Shazliyana atau darah Afifah.
“Kenapa Tan Sri Musa Hassan, ketika itu Datuk Musa Hassan memohon supaya bayi itu (Afifah) dibawa. Kenapa Anwar mengarahkan Musa supaya diam dan ambil sahaja darah (yang dibawa oleh Shamshida). Kenapa ?
Kenapa Anwar Tidak Saman Ummi ?
Ummi turut menolak tohmahan yang mengatakan semua dakwaannya adalah fitnah.
“Kalau fitnah, surat saya ditulis 5 Ogos 1997, Anwar dipecat pada 2 September 1998. Kita kena kaji kronologi. Kenapa orang PAS mendesak Dr Mahathir ketika itu. Pecat Al Juburi. Tetapi apabila Dr Mahathir dah buat, kenapa beralih pula kata fitnah. Tuduh pula Dr Mahathir sebagai Mahafiraun dan Mahazalim.
“Mengapa saya perlu buat fitnah, nak bagi orang maki, orang baling telur, bagi orang fitnah, bodoh sangat kah saya ni. Lebih baik saya ambil duit 50 juta daripada Azmin dan Anwar saya enjoy di Paris dan London.
“Saya masih ingat bagaimana Azmin datang merayu-rayu kepadanya. Bawa saya ke Restoran Sri Melayu. Bukan main dia merayu masa itu, Okay Ummi, ambil duit ini dan pergi ke luar negara. Kenapa saya mesti memilih jalan yang susah.
Saya cabar dia bersumpah Al Quran, dia tidak mahu”, kata Ummi.
Ketika ditanya oleh wartawan Malaysiakini, adakah benar Ummi dibayar, Ummi menjawab.
“Awak (wartawan Malaysiakini) ada tak masa saya bersumpah. Kalau kita orang Islam, kita tidak tahu lah orang lain, tapi kalau kita sudah lafazkan wallahi, wabillahi, wattalahi, jangan main-main ini hukum Islam….Sebab itu Anwar putar belit. Sebab itu dia takut nak bersumpah.
“Kenapa dia orang (Anwar, Azmin dan Shamsida) tidak pernah saman saya. Dr Mahathir cakap satu perkataan, saman. Khairi cakap, saman. Chandra Muzafar cakap, saman. Tetapi kenapa bila Ummi Hafilda dan Nalla gasak dia sampai sehina-hina, tak saman. Fikirlah sendiri guna aqal.
“Perkataan yang saya gunakan dalam blog saya cukup-cukup hina. Saya kata makan duit lendir, bapa rasuah, ejen Yahudi, perompak, penyamun, perogol, saman lah saya. Kalau saya tipu, kenapa tak buat (saman). Jadi fikirlah sendiri”, kata Ummi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...