Translate

31/01/2011

Ketua Pengarang Akhbar Media Rakyat Menggeletar Ditelefon Peguam Ummi


AIDCNews – 31/01/11 – Ketua Pengarang Kumpulan akhbar tabloid Media Rakyat, Dato Kamal Amir Kamal Hijaz dilaporkan menggeletar apabila ditelefon oleh peguam peribadi Ummi Hafilda, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.
Peguam peribadi Ummi Hafilda itu menelefon Dato Kamal Amir ekoran artikel yang disifatkan sebagai Jenayah Fitnah dalam keluaran muka depan, akhbar tabloid Media Rakyat, bilangan 02, 22 Januari 2011, bertajuk “Kisah Dalam Kain Diselak”.
Dato Kamal Amir
AIDCNews difahamkan, Ketua Pengarang akhbar tabloid itu terkejut menerima panggilan telefon daripada Mohd Khairul yang memperkenalkan diri sebagai peguam Ummi.
Peguam Ummi bertanyakan berkaitan artikel yang ditulis oleh Dato Kamal Amir berkenaan Ummi Hafilda dan apakah bukti-bukti yang menjadi sandarannya dalam penulisan artikel tersebut.
Difahamkan, Dato Kamal Amir menafikan beliau merupakan penulis berita muka depan artikel tersebut, sebaliknya mengakui artikel itu hanya kompilasi daripada berita-berita lain khususnya sumber dari Malaysiakini.com.
Lantas peguam Ummi berkata ‘sumber bukti’ yang dijadikan sandaran itu tidak kukuh, kerana hanya bergantung kepada pihak ketiga.
Menurut peguam Ummi, walaupun fakta itu pernah digunakan oleh Anwar semasa perbicaraan di mahkamah pada tahun 1998, namun Ummi Hafilda tidak dipanggil semula untuk membalas hujah tersebut kerana ketika itu kes itu sengaja ditimbulkan untuk menenggelamkan isu utama iaitu kes rasuah Anwar mengarahkan polis mendapatkan pengakuan bersumpah daripada saksi-saksi, Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.
Baca selanjutnya disini:  http://www.anwaraidc.com/?p=5405

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...