Translate

19/01/2011

Guru didakwa rogol anak muridnya berumur 12 tahun

KOTA BHARU 18 Jan. – Seorang guru berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan selepas dia dituduh merogol anak muridnya di sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh, dua tahun lalu.

Yek Hock Soon, 28, dituduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zainal L Saleh di sini hari ini, atas dua pertuduhan termasuk cubaan merogol mangsa di sekolah yang sama.

Mengikut pertuduhan pertama, Hock Soon yang berasal dari Sitiawan, Perak dituduh merogol mangsa yang ketika itu berumur 12 tahun tiga bulan antara pukul 8 pagi hingga 3 petang di makmal sains sekolah itu pada awal Ogos 2009.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan niat hendak mencabul kehormatannya di tempat yang sama kira-kira pukul 12.15 tengah hari pada 17 Ogos 2009.

Dakwaan terhadapnya yang ditangkap pada 1 Oktober 2009, dibuat mengikut Seksyen 376(2) dan 354 Kanun Keseksaan. - Utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...