Translate

18/01/2011

Baca dan perhatikan kaitan kronologi di bawah.

1) Ummi Hafilda dalam sidang medianya minggu lepas telah pecahkan rahsia wan azizah.
2) Dalam perbualannya dengan azmin ali, umni diberitahu bahawa wan azizah bukan anak kandung wan ismail.
3) Malah dalam perbualan tersebut, azmin ali memberitahu umi hafilda anwar menggelarkan azizah sebagai apek Korea.
4) Malah azmin juga menambah, setiap tahun wan azizah akan melawat keluarga asalnya di korea.

TERBARU

dalam rakaman video bloger AIDC dan mufti perak tan sri harussani, beliau ada menyebut pernikahan anwar dan wan azizah tidak direstui oleh wan ismail. 

PERKAHWINAN ANWAR DAN AZIZAH BERWALI KAN HAKIM.  KENAPA PERLU BERWALIKAN HAKIM JIKA BAPA WAN AZIZAH IAITU WAN ISMAIL MASIH HIDUP LAGI ?

KISAH LAMA 

Apabila Wan Ismail menolak lamaran Anwar Ibrahim ke atas Wan Azizah (Anwar penuntut nakal berdemostarsi di Baling, Kedah dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur), maka dengan pertolongan pegawai di Pusat Islam, Ustaz Ahmad Awang (kini Pesuruhjaya PAS Negeri Perak), Wan Azizah di bawa ke Permatang Pauh untuk menikah menggunakan wali hakim setelah Wan Ismail ingkar menikahkan Wan Azizah dengan Anwar Ibrahim.
Kadi Pulau Pinang, Dato Harun Sani Zakaria (kini Mufti Kerajaan Negeri Perak) telah melakukan akad nikah ke atas Anwar Ibrahim. Maka dua orang dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu menjadi pasangan suami isteri.

Menurut cerita Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Luar Negara, Fatah Haji Ahmad, bahawa pada keesokan harinya Wan Ismail telah datang ke Kepala Batas dan bertemu dengan Abdullah Badawi.

Wan Ismail telah membawa sepucuk pistol berisi enam biji peluru. Dia memberitahu Abdullah Badawi, bahawa dia telah nekad hendak pergi ke Permatang Pauh dan hendak menembak menantunya sampai mati.

Kerana kawan karib dan untuk mengelakkan perbuatan dilarang oleh Allah dan menyalahi undang-undang negara, Abdullah Badawi telah menasihati Wan Ismail dalam masjid Al Badawi, Kepala Batas.

Sambil menasihati Wan Ismail, Abdullah Badawi telah mengeluarkan enam biji peluru dari pistol Wan Ismail. Abdullah Badawi menasihati Wan Ismail dan Allah melembutkan hatinya. Maka menantu bapa, Anwar Ibrahim selamat dari dimamah peluru bapa mertuanya.

Posted by GAP KEMBALI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...