Translate

11/12/2010

Konvensyen BN - Tanda Pilihanraya Sudah Hampir!


Konvensyen BN: Pulih imej jadi agenda utama



PUTRAJAYA: Memulihkan imej Barisan Nasional (BN) dan membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13 adalah di antara agenda utama yang ditangani pada konvensyen hari ini.
Perdana Menteri Najib Tun Razak juga dijangka memfokuskan kepada slogan rakyat didahulukan dan program 1Malaysia selain dari dua agenda tersebut dalam konvensyen ini nanti.


Beliau yang juga pengerusi BN akan turut memberi fokus kepada kepentingan dasar inklusif dan bagaimana boleh membuat Malaysia cemerlang dan makmur melalui dasar kesatuan dalam pelbagaian.
Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Najib akan meminta parti-parti komponen melaksanakan kerja-kerja pemulihan imej BN yang telah dicemari oleh parti-parti pembangkang dengan kenyataan-kenyataan mereka yang separuh benar.
Walaupun PRU 13 tidak akan dibincangkan secara terperinci namun Najib mengarahkan agar kesemua wakil BN bersiap sedia seolah-olah PRU akan diadakan esok," kata beliau kepada para pemberita selepas melancarkan karnival Umno Putrajaya semalam.
Platform terbaik
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong berkata, konvensyen BN hari ini menjadi platform terbaik bagi mempersiapkan BN menghadapi PRU ke 13.
"Kita perlu membina BN yang lebih kuat untuk menawan semula kerusi-kerusi yang kita tewas dalam pilihan raya lalu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat Pemuda MCA di Kuala Lumpur semalam.
Timbalan Presiden Gerakan Chang Ko Youn pula berkata, adalah tiba masa BN menjadi satu parti bagi mewakili semua bangsa di negara ini, sambil menambah, langkah ini akan menyatu padukan semua bangsa dan memberi kelebihan kepada BN.
Beliau berkata, "Gerakan akan berusaha ke arah merealisasikan idea ini di mana semua komponen parti dibubarkan dan kesemua ahli-ahli hanya menjadi ahli Barisan."
Chang berkata demikian pada pembukaan persidangan perwakilan kebangsaan Pemuda dan Wanita Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur semalam-FMT
Cpj: Semua parti-parti dan pemimpin politik lebih baik persiapkan diri dan parti masing-masing kalau mahu memenangi hati rakyat di samping jangan lupa strategi yang ampuh, yang penting amalkanlah politik sihat BUKAN politik kotor!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...