Kenangan dirakamkan bersama-sama sekumpulan rakan-rakan daripada Kuala Lumpur yang diketuai oleh ASP Muhd Tuha bin Daud, memancing serta mencandat sotong dikawasan perairan Pulau Kapas, Marang, Terengganu. Walaupun ada diantara pemancing-pemancing yang mabok 'free', namun begitu hasil usaha berterusan sehingga ke pagi, beberapa ekor ikan serta sotong 'torok' berjaya dicandat. Masa bermula dari jam 5.00 petang dan selesai kira-kira jam 7.00 pagi keesokan harinya.
Diantara pemancing-pemancing yang begitu hebat....tapi... |
Luar biasa tekong bersama krew nya duduk di atas bumbung bot semasa berlepas ke tempat yang disasarkan |
Ha... apa pulak yang berjaya dipancing.... kita tengok ... |
Ha itu dia....anak ikan kerapu ..... |
Sotong 'torok' juga berjaya dipancing..... |
ASP Muhd Tuha berjaya mencandat sotong, walaupun beliau tidak begitu sihat atas sebab kesihatan. |
Dua ekor sotong berjaya dicandat.... sakit-sakit juga..... |
Ini lah dia ahli kumpulan yang dimaksudkan hanya berjaya membawa pulang sejumlah sotong dan ikan yang tidak sebegitu... |
Namun begitu ketidakpuasan hati masing-masing membara, dan berjanji akan datang semula ke perairan Marang, Terengganu untuk memenuhi hajat yang tersirat dihati masing-masing untuk memperolehi hasil tangkapan yang lebih lumayan. InsyAllah.