Yang di-Pertuan Agong | |
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail | |
---|---|
Yang di-Pertuan Agong ke- | 12 |
Raja Permaisuri Agong | Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid |
Negeri | Perlis |
Keputeraan | 1943 |
Kemangkatan | |
Mula jawatan | 13 Disember 2001 |
Tamat jawatan | 12 Disember 2006 |
Penyandang terdahulu | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah |
Penyandang kemudian | Sultan Mizan Zainal Abidin |
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (lahir: 1943) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 24 April 2002 hingga sekarang.Baginda diputerakan di Arau, Perlispada 17 Mei 1943.Baginda merupakan putera kedua daripada 10 putera dan puteri Almarhum Tuanku Syed Putra Jamallulail dan Tengku Budriah Tengku Ismail.
Pemerintahan baginda bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya,Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat,Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid,Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan.
Isi kandungan[sorok] |