Yang di-Pertuan Agong | |
Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad | |
---|---|
Yang di-Pertuan Agong ke- | pertama |
Raja Permaisuri Agong | Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin |
Negeri | Negeri Sembilan |
Keputeraan | 24 Ogos 1895 Seri Menanti, Negeri Sembilan |
Kemangkatan | 1 April 1960 Kuala Lumpur |
Mula jawatan | 31 Ogos 1957 |
Tamat jawatan | 1 April 1960 |
Penyandang terdahulu | Tiada |
Penyandang kemudian | Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah |
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama.
Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama Baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum melahirkan seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah melahirkan dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. BagindaTuanku Ja'afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga.
Baginda Tuanku Abdul Rahman juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya Baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.