Translate

10/04/2021

#KARTEL DADAH: MALAYSIA JADI TRANSIT ‘KARTEL DADAH ANTARABANGSA


BERSELINDUNG di sebalik orang kenamaan bergelar Datuk, Datuk Seri dan perniagaan yang sah menjadi modus operandi sindiket dadah di negara ini.

Individu berkenaan juga lebih dikenali umum sebagai ahli perniagaan berjaya termasuk memiliki perniagaan perkapalan dan hotel mewah tetapi pada masa sama menjadi kepala SINDIKET PENYELUDUPAN DADAH YANG MENGANCAM NEGARA.

Membongkar taktik itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DATUK RAZARUDIN HUSAIN berkata, penglibatan sindiket atau kingpin termasuk orang kenamaan yang berpengaruh adalah disebabkan keuntungan yang diperoleh sangat cepat.

Menurutnya, keuntungan berlipat kali ganda menjadikan ramai individu cuba untuk menjadi ‘raja dadah’.

“Sebagai contoh, dadah jenis syabu yang dibeli dari Laos pada harga RM25,000 sekilogram (kg) mampu dijual sehingga RM125,000 di Indonesia. Ini bermakna mereka boleh mengaut keuntungan bersih RM100,000,” katanya.

Laos ialah salah sebuah negara penghasil dadah utama di Asia Tenggara yang digelar ‘Segi Tiga Emas’. Ia meliputi kawasan yang terletak di barat daya Laos, utara Thailand dan timur laut Myanmar.

“Berdasarkan tindakan agresif kita, kita percaya dapat menumpaskan sehingga 300 sindiket menjelang Disember nanti.

“JSJN dengan risikan dan maklumat akan memastikan penawaran serta permintaan dadah ini dapat diputuskan dan dikurangkan,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian di Bukit Aman baru-baru ini.

Tahun lalu, pihak polis telah menumpaskan sebanyak 305 sindiket dadah di Malaysia manakala 56 lagi ditumpaskan sehingga Februari lalu. Namun, sindiket dadah tidak pernah berakhir.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak sindiket menggunakan khidmat penghantar makanan, e-hailing, kurier dan bermacam-macam ejen lagi.

Antara rampasan terbesar tahun ini adalah melibatkan dadah jenis captagon bernilai RM5.2 bilion yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Razarudin, kebanyakan aktiviti penyeludupan dadah di negara ini bermula dari kawasan Segi Tiga Emas.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...