Translate

18/07/2020

HINA JAWI: SIKAP NETIZEN CINA ‘CUKUP DAJAL, BUKAN BIADAB LAGI’

BANGI, 20 Zulkaedah 1441H, Ahad – Semua pihak sepatutnya mengalu-alukan keputusan kerajaan menjadikan hari Jumaat sebagai Hari Jawi, kata Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), PROF DATUK DR TEO KOK SEONG.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai tindakan bijak bagi terus memartabatkan tulisan Jawi yang didapati ‘kesepian’ sejak akhir-akhir ini meskipun mendapat BANTAHAN DARI GERAKAN SERTA REAKSI NEGATIF DALAM KALANGAN NETIZEN CINA.
Kok Seong berpandangan, tindak balas masyarakat bukan Melayu terutama orang Cina mengaitkan tulisan Jawi dengan agama Islam sebagai tidak berasas.
“Sementara tindakan GERAKAN pula lebih kepada meraih sokongan. Parti itu dilihat JUARA MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN CINA yang menentang tulisan Jawi ini. Ia lebih kepada tindakan politik yang dilihat sebagai pelindung kepada masyarakat Cina,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Jabatan Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan, Kempen Hari Jumaat Hari Jawi dalam usaha mengekalkan dan memperkasakan tradisi serta budaya yang membentuk Malaysia.
Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...