Ahad, 12 April 2020

SUDAH SAMPAI MASA HARAMKAN DONG ZONG: PROF KOK SEONG

BANGI, 10 Rejab 1441H, Khamis – Pertubuhan radikal Cina, Dong Jiao Zong (Dong Zong) seharusnya lebih peka kepada sifat masyarakat majmuk demi kebaikan sebuah negara demokrasi.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berpandangan, sekiranya pertubuhan itu berterusan mencabar kepentingan negara dan cuba menafikan aspirasi nasional, MAKA DONG ZONG WAJAR DIHARAMKAN.
“Mereka memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan aspirasi dan kepentingan negara.
“Kepentingan negara iaitu bahasa Melayu, mereka sepatutnya mendukung. Tapi daripada isu tulisan jawi dahulu, Dong Zong seolah-olah MENENTANG KEPENTINGAN NEGARA dan aspirasi nasional untuk menyatupadukan rakyat,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.
Kok Seong berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin Dong Zong yang bertegas untuk terus menjuarai isu pendidikan Cina, walaupun pemerintahan negara tidak lagi ditadbir Pakatan Harapan (PH).
Memetik laporan akhbar berbahasa Cina, Pengerusi Dong Zong, TAN TAI KIM berkata, pertubuhan itu akan terus memperjuang beberapa isu berkaitan pendidikan Cina sebagai mana ketika pemerintahan PH sebelum ini, dan turut mahukan kerajaan baharu bertindak adil terhadap mereka.
Sementara Timbalan Presidennya, DATUK TAN YEW SINg berkata, terdapat sebahagian besar orang bukan Cina salah faham terhadap pendidikan Cina yang sedia ada.
“Kami berharap pelajar bukan Cina selepas tamat SJKC, akan meneruskan pelajaran di sekolah menengah persendirian Cina atau SMJKC, teruskan mengambil peperiksaan dan mencintai bahasa Cina.
“Kami juga berharap pelajar sekolah menengah Cina dan sekolah menengah kebangsaan menganggap gerakan pendidikan Cina bukan sebuah gerakan asing, agar jangkauan gerakan pendidikan Cina ini melepasi sekolah menengah persendirian Cina, dalam erti mencapai jangkauan seluas mungkin,” katanya.
Kok Seong menyifatkan, perkara sedemikian sebagai sesuatu perkara tidak sihat.
“Saya kira seruan itu sesuatu yang tidak selari dengan aspirasi nasional. Selepas anak bangsa kita belajar di SJKC selama enam tahun, kalau ikut aspirasi nasional mereka perlu meneruskan pelajaran di sekolah kerajaan.
“Kalau sudah menjadi pilihan pelajar untuk belajar di sekolah persendirian Cina, itu hak mereka. Tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai satu seruan,” katanya.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...