Translate

10/04/2020

#COVID-19: VIRUS MUNGKIN 'KEMBALI AKTIF' DALAM PESAKIT YANG PULIH

SEOUL: COVID-19 BOLEH KEMBALI AKTIF SEMULA PADA PESAKIT SUDAH SEMBUH, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (CDC).
Kira-kira 51 pesakit dikategorikan sembuh di Korea Selatan kembali positif, sama ada dijangkiti atau virus itu kembali aktif di mana mereka diuji positif selepas habis tempoh kuarantin, menurut Ketua Pengarah CDC, Jeong Eun-kyeong.
"Walaupun kita meletakkan pengaktifan semula adalah penyebab kemungkinan, dalam masa yang sama turut mengadakan kajian komprehensif. Banyak kes menunjukkan pesakit diuji negatif dan keesokan harinya positif," kata Jeong.
Pesakit hanya akan ditentukan pulih sepenuhnya selepas diuji dua kali dan menunjukkan negatif dalam tempoh 24 jam dan CD juga akan akan menjalankan siasatan epidemiologi ke dalam kes-kes terbabit.
Korea Selatan antara negara awal yang berdepan dengan COVID-19, namun hanya 200 kematian dicatatkan.
Negara itu melaksanakan antara program ujian paling mahal dan pendekatan berteraskan teknologi untuk mengesan jangkitan, menyaksikan Korea Selatan membendung wabak itu tanpa sebarang perintah berkurung dan penutupan perniagaan.
Dalam masa yang sama, ketakutan pesakit sembuh dijangkiti turut meningkat di China, selepas terdapat laporan terhadap ujian menunjukkan pesakit positif semula, malah ada yang meninggal dunia selepas sembuh dan meninggalkan hospital.
TIDAK DIKETAHUI MENGAPA IA BERLAKU, walaupun ada yang percaya bahawa masalah itu mungkin berpunca daripada tidak konsisten dalam hasil ujian.
Sehingga Rabu lalu, Korea Selatan melaporkan sebanyak 10,384 kes dengan 6,776 dibenarkan keluar dari hospital, menurut data daripada Johns Hopkins University dan Bloomberg. -BLOOMBERG

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...