Khamis, 9 Januari 2020

PANDANGAN DARI SEORANG MANTAN KETUA HAKIM - Latheefa Beebi Koya patut dipenjarakan

Wajarkah Badan Penguatkuasaan mendedahkan maklumat tangkapan dan siasatan kepada orang awam?

Saya JAWAB SUDAH TENTU “TIDAK”. Kenapa tidak, ini kerana Perlembagaan dan undang-undang telah memberikan kuasa yang penuh dan berbeza atau pengasingan kuasa diantara kuasa penguatkuasa dan siasatan, pendakwaan dan kehakiman.  Setiap Badan mempunyai kuasa dan batas yang tertentu yang di perutukkan oleh Perlembagaan dan undang2.

Kenapa perlu pengasingan kuasa?

Kerana PENUMPUAN KUASA AKAN MEMUDAHKAN PENYALAHGUNAAN KUASA. Ia juga utk mengelak atau menghindari bahaya “tyranny” di mana doktrin pembahagian kuasa dapat mengujudkan dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan MENGHINDARKAN KEMAHARAJALELAAN (DESPOTISME).  

Juga merealisasikan prinsip semak dan imbang. Setiap cabang berkuasa untuk menyemak dan menyeimbangkan kuasa dan pelaksanaan kuasa masing-masing yang diberikan oleh Perlembagaan. Tujuan utama pengasingan kuasa adalah utk mempastikan pentadbiran berjalan dengan lancar.

Siapakah yang mempunyai kuasa penguatkuasaan.

Ada lima agensi Penguatkuasan Utama : PDRM, SPRM, KASTAM, IMIGRESEN, JPJ.

SEMUA HASIL PEMERIKSAAN, TANGKAPAN DAN SIASATAN hendaklah DI SERAHKAN ATAU DIKEMUKAKAN KEPADA BADAN PENDAKWAAN ATAU AGC yang meneliti semua hasil pemeriksaan, tangkapan dan siasatan untuk dibuat dipertimbangan oleh pihak pendakwaan samada sudah sempurna dan lengkap serta patut dibawa atau dikemukaan ke pihak pengadilan atau ke Mahkamah.

Penguatkuasa atau Badan Penguatkuasaan yang membocorkan atau menyebarkan maklumat kes bukan kpd pihak berwajib tetapi kepada pihak ketiga yang tidak berkepentingan BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH.

Di Malaysia terdapat tindakan undang-undang bagi kes-kes menyebarkan dan menyampaikan fitnah atau menyebarkan perkara yang memalukan. Perbuatan ini dipanggil “DEFAMATION”. Iaitu menyebarkan dan menyampaikan merujuk kpd perbuatan memberi maklumat kpd pihak ketiga. BERMAKSUD FITNAH ATAU PERKARA YANG MEMALUKAN tersebut disampaikan kpd pihak lain dan BERNIAT UNTUK MEMALUKAN DAN MENJATUHKAN REPUTASI SESEORANG.

Kenapa Badan / Agensi Penguatkuasaan  tidak mempunyai kuasa utk membuat pedakwaan dan membuat penghakiman sendiri. Saya amat tertarik dengan buku tulisan Tun Abdul Hamid Muhammad, Mantan Ketua Hakim Negara, berjudul “BUAT KERJA”. Beliau mengajak semua orang dan badan yang diberi  kuasa undang-undang utk membuat kerja masing-masing dan jangan menceroboh kuasa badan yang lain. 

Saya turunkan petikan dari buku beliau menyebut :

Kes-kes jenayah melalui dua peringkat sebelum sampai ke mahkamah untuk di adili. Penyiasatan dijalankan oleh Polis atau SPRM. Peguam Negara menentukan sama ada hendak membuat pertuduhan dan mendakwa mengikut budibicaranya. Budibibicara diberi kepadanya supaya dia tidak mengikut arahan sesiapa, termasuk Perdana Menteri. Perbicaraan dan Penghakiman dilakukan oleh Mahkamah.

Ini dibuat SUPAYA TERTUDUH MENDAPAT KEADILAN. Bayangkan jika ketiga-tiga kuasa menyiasat, mendakwa dan membicarakan kes diletak di bawah Polis atau SPRM (penyiasat). Besar kemungkinan setiap orang yang disiasat akan didapati bersalah.  Jika tidak pun ia tidak telus sebab tugas ketiga-tiga fungsi itu dilakukan oleh pihak yang sama.

Katakanlah kuasa menyiasat dan mendakwa diberikan kepada Polis atau SPRM. Mungkin kes yang tidak cukup bukti pun dibuat pendakwaan. Mungkin terdapat pertuduhan palsu dengan keterangan yang dipalsukan. Tidak ada sesiapa untuk menapisnya. Oleh sebab itu, kuasa menyiasat dan mendakwa tidak boleh diletakkan di bawah agency yang sama.

OLEH ITU FAHAM-FAHAM LAH DAN JANGAN BUAT TAK FAHAM PULA.

Ikhlas daripada saya hamba tua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...