Khamis, 12 Disember 2019

SETIAUSAHA AGUNG MENCALONKAN DIRINYA SENDIRI UNTUK MENERIMA ANUGERAH KHAS PEMIMPIN PKR?

PERISTIWA YANG MENJIJIKKAN BERLAKU DAN TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH AHLI2 PKR YANG DILUAHKAN OLEH TIMBALAN KETUA PENERANGAN SELANGOR CHEGU SEKAR.

Dato’ Seri,

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya, nama saya K. Gunasekaran Kuppan atau lebih dikenali sebagai Chegu Sekar. Saya menyertai Parti Keadilan Rakyat sejak 2004 atas semangat perjuangan reformasi. Perjuangan menentang Rejim UMNO/Barisan Nasional menarik minat saya menyertai Keadilan dan saya tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum itu. Saya pilih wadah perjuangan ini bukan kerana mana-mana pemimpin politik, tetapi hanyalah semata-mata untuk memperjuangkan hak rakyat Malaysia.

Penyertaan bermula dari PRU ke-11 hinggalah saya dilantik sebagai Ketua Penerangan Cabang Kota Raja pada 2008. Seterusnya saya memegang jawatan Timbalan Ketua Penerangan Selangor hingga 2018. Kini saya hanya seorang ahli biasa.

Sebagai seorang ahli yang setia dengan parti, saya turut hadir ke Kongres Nasional 2019 di MITC Melaka. Buat pertama kali kehadiran saya dalam Kongres, saya berasa sungguh hampa sekali kerana Kongres dijadikan medan untuk menyerang pemimpin-pemimpin yang berbeda pendapat dengan Presiden. Serangan jelas sekali terjurus kepada Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali oleh PEMBAHAS-PEMBAHAS YANG DISUSUN OLEH PENGANJUR KONGRES DI BAWAH PENGELOLAAN SETIAUSAHA AGUNG PARTI.

Dato’ Seri Presiden,

Satu lagi peristiwa yang tidak dapat diterima sama sekali adalah Majlis Penganugerahan Khas Pemimpin kepada Dato Seri Saifuddin Nasution Ismail. Ada dua perkara saya ingin membawa kepada perhatian Dato’ Seri Presiden:

i) Penganjuran Kongres Nasional 2019 adalah di bawah PENGELOLAAN SETIAUSAHA AGUNG SENDIRI. BELIAU SENDIRI MENCALONKAN DIRINYA UNTUK MENERIMA ANUGERAH KHAS PEMIMPIN? Bukankah ini penganugerahan ANGKAT BAKUL SENDIRI’?

ii) Saya juga ingin mempersoalkan pemilihan Dato’ Seri Saifuddin Nasution untuk anugerah ini. Bukan saya seorang sahaja yang ingin mempertikaikan penganugerahan ini, malah ramai pejuang tulen reformasi turut berkongsi pendapat saya. Ramai lagi pemimpin yang lebih layak dari Setiausaha Agung yang pernah lari dari perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

Beliau juga pernah menyertai PAS. Apabila kita menang 2008 balik semula ke pangkuan parti. Seterusnya, apabila kalah Parlimen Kulim Bandar Baharu 2013, terus tinggalkan perjuangan entah ke mana? Inikah calon untuk menerima Anugerah Khas Pemimpin Parti Keadilan Rakyat?

Dato’ Seri Presiden,

Saya menyeru agar menghargai jasa pejuang reformasi tulen yang masih setia bermula 1998 hingga sekarang. Jangan kita meniru budaya UMNO BN yang hanya pilih ‘kaki bodek’.

Akhir kata, saya memohon jasa baik Dato’ Seri Presiden supaya kembali kepada landasan perjuangan asal Parti Keadilan Rakyat. Jangan lupa pengorbanan ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin yang berjasa kepada parti keramat ini semasa Dato Seri dalam penjara walaupun  berbeda pendapat.

Sekian, Terima Kasih.
Yang Ikhlas,
K.Gunasekaran Kuppan
@Chegu Sekar

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...