Translate

26/12/2019

ANCAMAN KOMUNIS SERIUS, BUKAN MAIN-MAIN' PERLU DIBENDUNG SEGERA

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu sedar bahawa ANCAMAN KOMUNIS MERUPAKAN PERKARA YANG SANGAT SERIUS.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan ideologi komunisme tidak berkembang di negara ini.

“Kita mahu menyedarkan rakyat dan kerajaan bahawa ancaman komunis bukan main-main kerana MEREKA (DAP) SUDAH LAMA MERANCANG PERKARA INI,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Perhimpunan Pejuang Negara Menentang Kebangkitan Ideologi Komunisme di Padang Merbok di sini semalam.

Menurutnya, tindakan membawa pulang abu mayat Ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dilihat usaha mengangkat ideologi komunisme walaupun PERTUBUHAN ITU TELAH DIHARAMKAN di negara ini.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), DATUK WONG PUI LAM BERKATA, IDEOLOGI KOMUNIS TIDAK BOLEH DIBIARKAN DI NEGARA INI.

Menurutnya, pelbagai perkara yang berlaku mutakhir ini dipercayai CARA HALUS PIHAK TERTENTU UNTUK MENYEBARKAN FAHAMAN KOMUNIS.

KITA TIDAK SEPATUTNYA MEMBENARKAN PKM MENYEBARKAN IDEOLOGINYA. Walaupun PKM telah diharamkan tetapi ada anasir-anasir pro komunis yang cuba disebarkan kembali.

"APA CARA SEKALIPUN KERAJAAN PERLU AMBIL TINDAKAN,” KATANYA.

Menurutnya, jika ideologi komunisme ini tidak dibendung, dibimbangi AKAN MENGGUGAT PERLEMBAGAAN NEGARA.



KERAJAAN DIDESAK MENJALANKAN SIASATAN TERPERINCI ke atas penganjuran program memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai 1989 yang berlangsung di Sepang dan Kajang, baru-baru ini.

Gesaan berkenaan dibuat 11 GABUNGAN PERSATUAN BEKAS DAN PESARA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) bagi membendung cubaan menghidupkan semula ideologi komunis di negara ini.

Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Tan Sri Mohd Ismail Che Rus berkata, tindakan tegas perlu diambil jika didapati penganjuran majlis itu melanggar undang-undang.

Menurutnya, setiap pihak atau individu yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam memperbesarkan perjuangan, tokoh dan ideologi Parti Komunis Malaya (PKM) perlu dikenakan tindakan setimpal.

“Kita mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera mengambil tindakan undang-undang termasuk menggubal undang-undang atau peraturan bagi mengharamkan apa saja unsur yang mengaktifkan semula PKM,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Pejuang Negara Menentang Komunisme di Padang Merbok, di sini, semalam.

Hampir 3,000 orang menyertai perhimpunan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari itu.

Hadir sama, bekas Ketua Polis Negara ke-4, Tun Mohammed Hanif Omar dan bekas Ketua Polis Negara ke-8, Tan Sri Musa Hassan.

Dalam pada itu, Mohammed Haniff berkata, bekas ahli PKM yang cuba menghidupkan kembali ideologi komunisme disifatkan sebagai tidak tahu bersyukur.

“Peluang (ahli komunis) balik ke sini (Malaysia) sudah diberikan selain kita beri mereka mulakan hidup baharu, namun mereka masih mahu mengagungkan komunis.

“Pada 1941 dahulu, mereka (PKM) lawan Jepun pun atas arahan Soviet Union (Russia), bukan atas dasar perjuangan yang mana mereka sememangnya tidak hargai peluang diberikan,” katanya.

Pada 1 Disember lalu, sebuah portal berita melaporkan, 300 orang menghadiri perhimpunan yang diadakan di sebuah kolej swasta di Kajang, Selangor, dipercayai membabitkan bekas anggota PKM.

Difahamkan, perhimpunan itu diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Sebelum ini, rakyat di negara ini digemparkan dengan tindakan satu kumpulan menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang untuk memperingati Setiausaha Agung PKM, CHIN PENG ATAU NAMA SEBENARNYA ONG BOON HUA yang meninggal dunia pada usia 90 tahun di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September 2013.


Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...