Ahad, 25 November 2018

ANWAR UMPAMA ULAR BERKEPALA TIGA !!!


PERLU SOKONG MAHATHIR, JIKA TIDAK..... TAK ADA PELUANG UNTUK JADI PM.

SHAH ALAM - Pas hari ini tampil membalas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengajukan beberapa soalan terkumpul.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata ANWAR MENGALAMI RABUN DEKAT atau TULI BADAK sekiranya tidak mengetahui peranan pimpinan Pas dalam isu 1MDB.

“YB Anwar telah menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku.

“Saya kira Anwar telah alami rabun dekat  atau tuli badak bila gagal mengambil maklum peranan alim ulamak khasnya pimpinan Pas dalam isu 1MDB.

“Apakah beliau mahu pimpinan Pas yang berserban dan berijazah itu menjerit dan melaung-laung bagai ahli Parlimen mereka dalam Dewan Rakyat baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Anwar ketika menyampaikan syarahan di Universiti Malaya menyifatkan selain ahli politik, golongan cendekiawan termasuk penjawat awam juga dipersalahkan susulan skandal 1MDB kerana sekadar membisu.

"Bukan saja pemimpin politik. Sarjana, penjawat awam, bukan sekadar membisu, tapi yang sanggup bersekongkol untuk mempertahankan kedurjanaan yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.

"Berlakunya kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan SEMATA-MATA KERANA NAFSU SERAKAH beberapa pemimpin politik, tetapi kerana golongan sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan murahan atas nama kaum atau agama.

"Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi tak ada hati nurani dan etika,” kata Anwar lapor Malaysiakini.

Sehubungan itu, Nasrudin berkata beliau ada memikirkan beberapa soalan kepada Anwar melibatkan beberapa isu termasuk HASRATNYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI.

Rujukan bersambung: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...