Translate

17/04/2018

SYABAS & TAHNIAH SPRM - UGUT SPRM TINDAKAN BACUL

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan perbuatan pihak yang MENGHANTAR PELURU HIDUP DAN NOTA BERBAUR UGUTAN KEPADA PEGAWAI KANAN SURUHANJAYA ITU SEBAGAI PENGECUT.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata pihaknya memberi amaran tegas kepada individu yang cuba mengugut pegawai kanan SPRM supaya menghentikan perbuatan itu.

"Saya mahu mereka yang terbabit menghentikan perbuatan itu kerana tindakan pengecut sedemikian TIDAK AKAN SAMA SEKALI MELEMAHKAN SEMANGAT pegawai SPRM daripada melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami.

"Perbuatan ugutan sedemikian hanya MENYUNTIK LAGI SEMANGAT KAMI UNTUK TERUS BERJUANG dalam memastikan hak masyarakat terbela daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dzulkifli berkata, SPRM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi menyiasat kes berkenaan.

Semalam, media melaporkan dua pegawai kanan SPRM membuat laporan polis apabila menerima peluru hidup dan nota amaran berbaur ugutan yang diletakkan dalam peti surat di rumah mereka.

Kedua-dua pegawai berkenaan yang memegang gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Mereka menerima bungkusan berbentuk ugutan itu dalam peti surat rumah di Bandar Seri Putra, Bangi dan Sungai Tangkas, Kajang.

Ketua POLIS SELANGOR, Datuk Mazlan Mansor, dilaporkan berkata, pihaknya MENUBUHKAN PASUKAN KHAS bagi menjalankan siasatan kes berkenaan.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...