Mahathir
Sekali Lagi Anggap Haram Haji Guna Duit 1MDB.
TIDAK SERIK… Meskipun ditegur beberapa
mufti negeri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi membuktikan dirinya lebih hebat berbanding
ulama apabila mampu
persoal ibadah seseorang.
Terbaharu menerusi catatan bertajuk Halal Haram dalam laman blog beliau iaitu Chedet pada Selasa, pemimpin pembangkang tu
mengulangi kenyataan mengenai isu haram haji tajaan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Mahathir dengan selamba MEMUTAR BELIT ISU berkenaan apabila mendakwa
kononnya wang tajaan daripada sayap pelaburan kerajaan itu sebagai duit curi
yang cuba dihalalkan setelah diubah untuk kegunaan ibadah haji pula.
“Jika kita tidak tahu duit itu dicuri, salahkah jika duit itu diguna untuk
buat ibadat haji? Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika
diguna untuk kerja haji,” soal Mahathir yang CUBA
HASUT PEMBACA blog beliau
itu.
Artikel terbaharu itu sekali lagi menyerlahkan
kebiadaban tokoh Pakatan Harapan berusia 92 tahun berkenaan terdesak
eksploitasi isu agama dengan menjatuhkan hukum sendiri atas perkara yang sudah dijelas berulang kali.
Umum mengetahui 1MDB menjalankan operasi bisnes
sah, dalam sektor jana tenaga dan terkini, pembangunan hartanah sekali gus
memastikan tarif elektrik kekal stabil selain projek ikonik Tun Razak Exchange
di ibu negara.
Menerusi kenyataan 1MDB pada 11 Januari lalu
menjelaskan dana operasi perniagaan itu disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang
menggunakan untuk menaja program khas haji dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
lain.
Ia merupakan respons pertama 1MDB
selepas Mahathir yang ketandusan bahan modal politik terpaksa mendakwa konon
ibadat haji dibiayai dana syarikat itu tidak boleh dianggap ‘mabrur’ kerana ia
wang rakyat ‘dicuri’ kerajaan.
Menurut 1MDB, selain program khas haji, ia menaja
geran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG); dana akademik murid miskin calon
Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia waima Klinik
Bergerak 1Malaysia.
“Sejak ditubuhkan pada 2010 sehingga kini, Yayasan 1MDB menaja RM690 juta
melalui 60 projek pendidikan, rawatan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat
masyarakat, yang beri impak kehidupan 2.8 juta rakyat.”