Translate

07/08/2017

Lim Kit Siang Sudah Nyanyuk Tempat Lahirnya Di Tongsan Pun Sudah Lupa ???

Tidak sampai beberapa jam Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang enggan menjawab persoalan di mana beliau dilahirkan, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao membidas lagi tindakan Kit Siang yang disifatkan “penakut” itu.
Dalam satu kenyataan media terbaru hari ini, Ramesh mengulas tindakan Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu kerana mengherdik wartawan yang bertanyakan soalan di mana dia dilahirkan dalam satu sidang media dan enggan menjawab soalan itu.
“Saya pelik kenapa ada orang boleh marah apabila ditanya di mana tempat dia dilahirkan, kenapa mahu marah? Anda sudah jadi wakil rakyat dan rakyat mahu mengenali sejarah dan salasilah hidup anda.

“Jawab sahaja soalan itu dan jangan melenting sampai mengherdik wartawan berkenaan di khalayak ramai seperti itu,” kata beliau dalam kenyataan berkenaan.
Baru-baru ini, Ramesh melalui badan bukan kerajaan pimpinannya, PMSP mengemukakan memorandum mendesak Kit Siang menjawab di mana sebenarnya beliau dilahirkan memandangkan sebelum itu di laman Wikipedia tertulis, beliau sebenarnya tiba di Malaysia pada tahun 1957.
Selepas kecoh, laman Wiki itu disunting semula dengan meletakkan Kit Siang lahir di daerah Batu Pahat, Johor.
“Biasanya seorang wakil rakyat tahu dan letakkan dia dilahirkan di hospital mana supaya rakyat lebih menghargai beliau dan sejarah kelahirannya bukannya marah-marah. Takkan Kit Siang sudah nyanyuk sampai tempat lahir sendiri pun sudah lupa,” katanya.
Semalam, di sidang media berkenaan Kit Siang bermati-matian enggan menjawab soalan tempat kelahirannya sebaliknya memarahi wartawan dari portal Antara Pos kerana bertanyakan soalan itu.
Wartawan itu sudah pasti tahu bahawa beliau lahir di Batu Pahat mengikut laman Wikipedia itu, tetap soalnya di mana lokasinya tidak diketahui.
“Tidak logik, wakil rakyat yang ada pengaruh besar seperti Kit Siang tidak mengetahui di mana dia dilahirkan kecuali ada perkara yang hendak disorokkan seperti sebenarnya dia tidak dilahirkan pun di sini sebaliknya adalah pendatang,” kata Ramesh.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...