Rabu, 10 Ogos 2016

Keengganan Khairudin Masuk Parti Baru, Pasti Jadi Isu

Pihak-pihak berkaitan Mahathir cuba mengatakan keengganan orang kuat Mahathir, Khairudin ini menyertai parti baru yang bakal ditubuhkannya, sebagai tidak mempunyai kesan selain hak rakyat di sebuah negara demokrasi.

Apakah dangkalnya alasan seperti itu?

Khairudin ini, sekalipun dia tidak pernah menyebutkannya tapi kesetiaannya kepada Mahathir, seakan sedikit bawah dari Tuhan. Tak satupun yang dibuat ini Mahathir ini salah dimata Khairudin sekalipun sebagai orang Islam, dia tahu yang maksum dalam dunia ini hanya Nabi Muhammad saw seorang.

Apa yang tidak dibuat Khairudin untuk Mahathir, bahkan Khairudin pernah ditahan dibawah SOSMA demi Mahathir, jual negara kepada pihak luar dengan melaporkan pembohongan mengenai 1MDB dan sebagainya.

Dengan kesetiaan yang begitu membuta tuli, agak pelik bila Mahathir menubuhkan parti baru dengan Muhyiddin menjadi boneka presidennya, Khairudin - dalam kedudukan dan kesetiaan melampau seperti itu, tidak ambil peluang untuk menjadi sebahagian darinya.

Apa yang tidak kena, kita tidak tahu tapi dari senarai yang bakal mengisi jawatan-jawatan penting dalam parti tersebut, jelas nama Khairudin - entah macam mana, tercicir.

Mungkin fikir Mahathir, aku dah selamatkan kau dari bankrap, nak bagi jawatan dalam parti aku pulak, agaknya macam itulah fikir Mahathir.

Pedulikanlah tu, yang penting sekarang kalau orang macam Khairudin ini pun tak hingin nak sertai parti baru tersebut, kenapa orang Malaysia yang lain perlu sertainya?

Mesti ada yang tidak kena, apakah itu, itu nak kena tengok perkembangan selepasnya.

Sumbe: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...