AZMIN ALI MB SELANGOR PERTAMA
MELANGGAR MOU PEMULIHARAAN KAWASAN PAYA INDAH WETLANDS.
Semasa kes ini didedahkan 26 Julai lalu Elizabeth menafikan status
pertukaran tanah dari Pertanian kepada Kategori Bangunan Kediaman.
Orang tanya Lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat milik
Salak Land Development Sdn Bhd terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands dulu
status pertanian. 4 MB Selangor
tidak luluskan pertukaran status tanah di kawasan itu.
Fakta jelas 26 Febuari 2014 , Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(MMKN) melalui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development
Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada kormersial
dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan
Paya Indah Wetlands.
Carian Pejabat Tanah dan Galian Selangor jelas merekodkan status tanah Lot 68054 telah bertukar dari
kategori pertanian kepada bangunan. Dan pemiliknya juga sudah
bertukar dari Salak Land Development Sdn
Bhd kepada Syarikat Gamuda Berhad.
Orang bertanya. Mengapa luluskan pertukaran status tanah itu? Tan
Sri Abdul Khalid semasa MB juga telah menolak permohonan mengubah dan meminda
syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara daripada
pertanian kepada bangunan kediaman kerana kawasan tersebut terletak di dalam
Paya Indah Wetland. Semua MB mahu mengekalkan kawasan tersebut kawasan hijau.
Apa perlunya Elizabeth menjawab buat masa ini tidak berlaku
sebarang pengezonan gunaan tanah di lot 4827 dan 3974 milik Paya Indah
Wetlands? Orang bertanya adalah LOT 68054! bukan tanah lain.
Sepatutnya Kalau Elizabeth dan Azmin Ali hendak jawab dia harus
menjawab soalan jika kerajaan negeri Selangor tidak berniat untuk pelengkungan
semula kawasan tanah Payah Indah Wetlands mengapa lot tanah persendirian 68054
boleh ditukar status kepada pembangunan sedangkan laporan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini MENOLAK KERANA BERADA TERLETAK DALAM KAWASAN
PAYA INDAH WETLAND!
Bukankah telah jelas dalam memorandum persefahaman di antara
Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara (PerHiLiTaN), Kementerian Sumber asli dan alam Sekitar dengan
Kerajaan Negeri Selangor Darul ehsan mengenai pengurusan dan pentadbiran
pemuliharaan Paya Indah Wetlands yang telah ditandatangani pada 1 Ogos, 2007?
Memorandum ini berkuatkuasa selama tempoh 30 tahun.
Baru 10 tahun memorandum persefahaman itu, Azmin Ali mencipta
rekod sebagai Menteri Besar yang meluluskan pertukaran status tanah di kawasan
Paya Indah Wetlands itu. Apakah Azmin Ali lakukan kerana pemilik tanah itu
ialah Gamuda Berhad?
Jadi kepentingan apa yang Azmin Ali dan Elizabeth pertahankan?
mereka berdua jelas berbohong. Apakah selepas ini dengan lulusnya perubahan
status tanah itu maka projek perumahan ratusan juta akan diluluskan oleh MB
Selangor di Lot tanah 68054 di kawasan Paya Indah Wetlands itu? tidak mungkin
Gamuda Berhad membeli tanah berharga RM 784 juta dari Salak Land Development
semata-mata untuk disimpan!
Sumber: Captain M
5 Ogos 2016
5 Ogos 2016