Sabtu, 2 Julai 2016

Serangan Dhaka: Drama tebusan berakhir, enam lelaki ditembak mati

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina berkata beliau tekad untuk menghapuskan keganasan di negara itu sejurus pasukan keselamatan menyerbu masuk sebuah kafe yang diserbu oleh sekumpulan penyerang bersenjata dan menahan tebusan.

“Ia (serangan) adalah satu tindakan yang amat menjijikkan.
Umat Islam apakah ini? Mereka ini tiada agama,” kata Hasina dalam satu siaran televisyen.

“Rakyat Bangladesh harus menentang pengganas. Kerajaan ini bertekad untuk menghapuskan sama sekali
keganasan dan militan dari Bangladesh.”


Pasukan keselamatan Bangladesh mengakhiri drama tebusan di sebuah kafe di ibu kota Dhaka dengan menembak mati enam penyerang bersenjata yang menjadikan pengunjung sebagai tebusan sejak malam Jumaat (waktu tempatan), kata pegawai kerajaan.

“Operasi (menyelamat) telah tamat. Situasi kini terkawal,” jurucakap tentera, Kolonel memaklumkan kepada AFP.

Sementara itu seorang komander pasukan elit gerak pantas Rapid Action Battalion yang menjalankan operasi menyerbu kafe terbabit memaklumkan beberapa kematian dilaporkan, termasuk enam penyerang bersenjata.

“Kami telah menembak mati enam pengganas. Kawasan yang dirampas mereka kini telah berjaya dikuasai semula,” kata Masud kepada saluran India's Times Now.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...