Selasa, 31 Mei 2016

Isu RUU: Ridhuan Tee keluar MCA, LIONG DAN SUBRAMANIAM BILA LAGI ??

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah mengumumkan keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan pemimpin parti itu terhadap cadangan (Rang Undang-Undang) RUU.

“Saya mengisytiharkan keluar daripada MCA. Jika dulu saya berhempas pulas mahu menyertai parti ini walaupun mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu dikatakan masuk Melayu.

“Tetapi, sangkaan saya meleset apabila parti ini sangat perkauman dan menjadi musuh Islam. Siapa memusuhi Islam, dia adalah musuh saya juga. Saya tidak mahu menanggung dosa berada di dalam parti yang menjadi musuh Islam.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Tambah Ridhuan yang merupakan ahli MCA sejak tahun 2000, tindakan itu dilakukan kerana parti itu menunjukkan sikap memusuhi Islam. -SuaraTV

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...