Ahad, 22 Mei 2016

Cukai Online: KJ Bercakap Ikut Sedap Mulut

KJ Menteri Bodoh Serba Serbi

Seorang pegawai LHDN hari ini mengesahkan bahawa cukai terhadap peniaga online yang mendapat bantahan Pemuda UMNO yang diketuai KJ, sebenarnya telah lama dilaksanakan.

Menurut pegawai berkenaan kepada Utusan Malaysia, pekeliling mengenainya telah pun dikeluarkan pada tahun 2013!! Bukan benda baru, macam mana KJ tidak tahu?

Ini masalah bila lahir dan membesar di luar negara, bila balik langgar belakang kereta dan jadi menantu Perdana Menteri. Segalanya macam disediakan, yang dia sendiri tak payah buat apa-apa untuk berjaya, cukup guna kerturunan, keturunan bini pulak tu, bukan dianya pun.


Lain kali sebelum tunjuk hero dengan membuat bantahan, kaji dulu sekeliling, awak tu menteri, bukan budak pejabat - sekalipun dulu pernah jadi tukang hantar pasport Anwar.

Tindakan KJ membantah secara semborono cadangan untuk mengenakan cukai terhadap peniaga online ini sebenarnya hanya memburukkan imej kerajaan. Ditengah-tengah persepsi salah mengenai GST ini, tindakan KJ jelas tidak membantu, malah memburukkan lagi imej, terutama imej Perdana Menteri.

Apa benda pun dia mesti nak jadi jaguh, majoritinya bagi kenyataan yang melawan arus.

Seolah-olah Perdana Menteri dulu tak pernah perkenalkan apa jenis cukai, hanya Najib saja yang perkenal cukai, GST dan lain-lain. Habis yang SST tu bukan cukai? Tinggal lagi SST dulu tak nampak pada resit, GST nampak pada resit, itu saja beza, cukai tetap kena cukai.

GST, GST pun Sarawak menang jugak sebab cukai itu memang diguna balik untuk rakyat. Patutnya KJ mempertahankan tindakan kerajaan mengutip cukai terhadap peniaga ni, bukan bantah guna alasan bodoh!!


Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...