Sabtu, 28 Mei 2016

Alasan Liow Tiong Lai Nak Letak Jawatan Dan Sertai DAP

KUALA LUMPUR: Saya akan meletak jawatan daripada Kabinet jika Rang Undang-Undang Persendiraan PAS (RUU) diluluskan di Parlimen, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Saya cuba untuk menghentikannya. Saya cuba mendapatkan semua parti komponen untuk menghentikannya. Saya menggesa kedua-dua belah pihak agar bersama menyekat Rang Undang-Undang ini.

"Jadi, jika kita tidak boleh melakukannya, kita perlu berkorban. Saya akan letak jawatan.

"Kamu tahu, tidak ada gunanya saya berada di sini. Saya perlu memastikan perkara ini.

"Saya terlintas untuk memberitahu perkara ini pada sidang media semalam (Jumaat), " jelas Liow kepada The Star.


Menteri Pengangkutan itu berharap ia mendapat sokongan daripada kedua-dua parti untuk tidak mengundi RUU seperti yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Khamis.

Mengenai kedudukan MCA dalam Barisan jika RUU dibahas dan diluluskan, Liow yakin pihak parti akan kekal dengan apa yang ditetapkan.

"Saya belum berbincang lagi mengenainya (MCA dalam Barisan).

"Kita perlu berbinbang berdasarkan semangat Barisan dan menggunakannya untuk menyekat RUU ini.

"MCA perlu terus (dalam Barisan). Tetapi saya bersedia untuk itu (meninggalkan Kabinet). Saya tidak bimbang dengan apa yang saya katakan ini," kata Liow.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...