Translate

07/05/2016

Ahmad Bashah Menerajui Pasukan Yang Bersifat Seperti Kebudak-Budakan

AHMAD BASHAH TAK CERDIK DARI SEGI BOLA SEPAK….

PENGASAS D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memaklumkan bahawa pihaknya tidak bercadang untuk menaja mana-mana pasukan bola sepak buat masa ini.

Menurut beliau, selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tawaran tajaan bernilai RM30 juta olehnya baru-baru ini, pihaknya kini merasa terkilan untuk menaja mana-mana pasukan bola selepas ini.

"Mungkin ada hikmah dan saya hendak bertenang dahulu. Saya dah kena cerai dengan Kedah, masih dalam tempoh iddah dan tak fikir lagi buat masa ini," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Wisma D'Herbs Kota Damansara semalam.


Dalam pada itu, Aliff memaklumkan bahawa pihaknya masih berkeinginan untuk menaja pasukan bola sepak lain namun bukan buat pasukan yang bersifat seperti kebudak-budakan.

Selain itu, Aliff turut menolak dakwaan yang mengatakan pihaknya berhasrat untuk menaja pasukan Johor Darul Ta'azim selepas foto beliau dan isterinya bersama Pemangku Raja Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim tersebar di media sosial.

"Gambar berkenaan tiada kaitan dengan sebarang penajaan buat pasukan JDT selepas ini,"katanya.

Sebelum ini, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memaklumkan penolakan tawaran penajaan oleh D'Herbs adalah bagi memastikan hak rakyat negeri itu tidak tergadai.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...