Khamis, 21 April 2016

MAHATHIR BERSEKONGKOL DENGAN BAPAK KOMUNIS MENJATUHKAN NAJIB ???

Kit Siang Nak Tolong, Tapi Nak Jatuhkan Najib?

Gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib yang dianjurkan Mahathir, bersekutukan orang DAP, Lim Kit Siang ini sudah nampak macam rojak mamak, bercampur dan berterabur.

Pada mata Mahathir sekarang, dia hanya nak tengok Najib turun sebelum letak anaknya sendiri, tidak ada agenda lain selain itu. Tapi Kit Siang yang anaknya dalam bahaya didakwa di Mahkamah akibat skandal banglo diskaun, menganjurkan untuk membersihkan nama Najib dalam isu dana RM 2.6 billion.

Dengan syarat, Najib perlu memberi penjelasan kepada DAP.

Nak penjelasan apa lagi, semuanya dah jelas dah. PAC, Bank Negara, SPRM dan semua agensi berkaitan dah mengesahkan tidak wujud sebarang salah laku oleh Najib dalam isu tersebut.

Cakap pasal PAC, ada orang-orang DAP dalam jawatankuasa tersebut, Timbalan Pengerusinya pun adalah orang DAP, Dr. Tan Seng Giew. Orang-orang ini pun boleh bagi penjelasan kepada Kit Siang.

Apa pun, rancangan Kit Siang ini sudah tentu ada matlamat dan agenda berkaitan anaknya. Tapi cukuplah sekali jadi gila bila bekerjasama dengan Mahathir setelah sekian lama bermusuh, takkan nak buat dua kali gila dengan berkempen untuk membersihkan nama Najib pulak?

Rakyat bukan bodoh, adalah rakyat yang bodoh (atau pembangkang tak boleh nak cari makan) tapi majoriti masih cerdik lagi.

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...