Khamis, 11 Februari 2016

Tunku Ismail ajak debat

DI sebalik kehangatan saingan Liga Malaysia yang akan membuka tirai esok dan kegagalan tiga pasukan melunaskan tuntutan gaji berjumlah RM4.47 juta melibatkan 15 pemain, arena bola sepak negara memasuki episod menarik pula semalam.
Ia apabila pemilik skuad Johor Darul Takzim (Johor DT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar mana-mana individu atau organisasi untuk berdebat secara terbuka di kaca televisyen berhubung isu bola sepak negara.
Titah baginda, cabaran berdebat tersebut ditawarkan kepada mana-mana individu yang tidak puas hati dengan apa sahaja kenyataannya mengenai bola sepak selama ini.

“Saya cabar anda atau mana-mana pihak berkaitan dengan bola sepak untuk berdepan dan berdebat mengenai polisi, projek, korupsi dan apa sahaja isu mengenai bola sepak. Di situ anda boleh membuktikan bahawa saya salah,” titah baginda yang dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook Johor DT, Johor Southern Tigers semalam.
Tunku Ismail sebelum ini menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersikap lebih adil berhubung hak siaran perlawanan dan pembahagian royalti kepada persatuan negeri serta kelab bola sepak negara apabila penswastaan liga bermula pada musim ini.
Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia semalam pula mendedahkan, Angkatan Tentera Malaysia mendahului senarai dengan tunggakan berjumlah RM3.7 juta, diikuti Kelantan (RM477,000) dan Felda United (RM220,000).
Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...